Posts

Showing posts with the label makan terengganu

Mee Celup Stambung di Tkt 4 UTC Kuala Terengganu di PB Square.. memang stambung dan sedap... kenyang nyandar

Image
  Lama tak kena Mee Celup stambung sini di Foodcourt Tkt 4 UTC. Sedap mee celup perut bulat sinning... Perut banyak.. Molek wat tebal sikit perut hok nipis ni . Ada 5 gerai yang beroperasi di sini. Temapt makan bersih dan selesa. Makan dalam aircond. Sebelah je dengan Paya Bunga Hotel iaitu The Best City Hotel dan Muslim Friendly Hotel. Ada lagi ruang kedai kosong untuk disewa. Bagus lokasi sini dengan pelanggan telah tersedia ada disekeliling. Sewa kalau dok silap bermula rm1000 sebulan. Dengan kemudahan lengkap lif, ecalator, surau, mesin atm dan macam macam. Hok nak tahu lanjut boleh hubungi pihak Pmint Urus atau boleh tanya kat kaunter maklumat kat bawah sebelah Zus Coffee. Selain mee celup, ayam penyet sini pun sedap.. nanti kita review semula. Ada jugak saing ambe tanya, dah review ni orang bayor ke?. Dok pun. Makan ambe bayor dengan pitih ambe. Tuan kedai pun dok tau. Hok sedak kita kongsi. dan tolong bagi tau. Hok biasa biasa pun kita support jugak muge selera ni masing ma...

Makan Kari Kepala Ikan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.. sedap weeh...

Image
  Hari ini berkesempatan menghadiri satu majlis anjuran PMINT di Taman Tamadun Islam Tti . Menu hidangan tengahari ini adalah Kari Kepala Ikan. Ini kali pertama mencuba menu ini di TTI. Masya allah memang sedap. Berebut 2 pinggan kepala ikan. Sangat puashati dengan rasa kari dan ikan yang segar. Pakej untuk kari kepala ikan ini adalah RM120 dan boleh makan 3-4 orang. Dengan suasana makan di pinggir sungai mahupun acara di dewan memang amat sesuai. Menurut Bos TTI pakej Kari Kepala ikan ini ada pada setiap Sabtu dan Ahad. Walaubagaimana pun bagi tempahan aturcara boleh di atur mengikut tempahan kita. Malah venue makan juga boleh pilih samada di tepi sungai, di dewan mahupun di atas feri sambil bersiar suar di Sungai Terengganu. Bagi yang nak cuba boleh lah tanya pihak Taman Tamadun Islam untuk tempahan dan maklumat lanjut. Orang kata kalau makan karinkena cium bau tangan.. kalau lekat bau sedap lah tu #tamantamadunislam #karikepalaikan #makanterengganu #BeautifulTerengganuMalay...

Nasi Ayam Yunan Batu Buruk, di antara nasi ayam terbaik di Terengganu.. cubalah

Image
  Makan tengahari di Kuala Terengganu? Nasi Ayam Yunan di Medan Selera Batu Buruk antara nasi ayam terbaik di Terengganu. Ayam dan sos kicap serta sambalnya cukup memikat selera. Ditambah dengan Baby Kailan dan sayur taugeh memang jaddi dan palut molek, kata orang Teranung. Kedai nasi ayam ini sudah lama bertapak di Kuala Terengganu dengan resepi Cina Muslim Yunan yang menjadi sebahagian Cina Muslim Terengganu sejak sekian lama. Selain Nasi ayam yunan , Nasi Ayam Nurul Iman depan Smaasza Baru Buruk juga antara nasi ayam lejeng bagi orang Terengganu. Datang Terengganu banyak lokasi makanan sedap patut rasa. #nasiayamyunan #nasiayamterengganu #makantengahariterengganu #BeautifulTerengganuMalaysia #jalanjalancarimakan

Nasi Lemak Bunian di Pulau Warisan.. rambang mata dengan pelbagai pilihan lauk

Image
  sebaik habis program sembang pelancongan di Kompleks Nurzahirah tadi rasa lapar. Rasa nak mari cuba Nasi Lemak Bunian di Pulau Warisan. Nak tengok bunian mana hok mari jual... comel ke dok.. Sampai sini rambang mata.. Macam macam lauk ada, sambal kerang, sotong , telur puyuh, paru, ayam goreng, kerang rendang dan banyak lagi. Hok spesel Nasi Lemak dia, bunian boh telur goreng wat balut nasi.. Suasana pulak ngadap Pulau Duyung memang terbaik aah.. Angin sempoi sempoi berbahasa... Dekat je dengan Jeti Payang Water Taxi Boleh pakat mari rasa... jaddi. #nasilemakbunian #pulauwarisan #makanterengganu #BeautifulTerengganuMalaysia

Pengunjung blog