Mee Celup Stambung di Tkt 4 UTC Kuala Terengganu di PB Square.. memang stambung dan sedap... kenyang nyandar

 



Lama tak kena Mee Celup stambung sini di Foodcourt Tkt 4 UTC.
Sedap mee celup perut bulat sinning...
Perut banyak..
Molek wat tebal sikit perut hok nipis ni 🤭.
Ada 5 gerai yang beroperasi di sini. Temapt makan bersih dan selesa. Makan dalam aircond.
Sebelah je dengan Paya Bunga Hotel iaitu The Best City Hotel dan Muslim Friendly Hotel.
Ada lagi ruang kedai kosong untuk disewa.
Bagus lokasi sini dengan pelanggan telah tersedia ada disekeliling.
Sewa kalau dok silap bermula rm1000 sebulan.
Dengan kemudahan lengkap lif, ecalator, surau, mesin atm dan macam macam.
Hok nak tahu lanjut boleh hubungi pihak Pmint Urus atau boleh tanya kat kaunter maklumat kat bawah sebelah Zus Coffee.



Selain mee celup, ayam penyet sini pun sedap.. nanti kita review semula.
Ada jugak saing ambe tanya, dah review ni orang bayor ke?. Dok pun. Makan ambe bayor dengan pitih ambe. Tuan kedai pun dok tau.
Hok sedak kita kongsi. dan tolong bagi tau.
Hok biasa biasa pun kita support jugak muge selera ni masing masing punya citarasa.
Kalau ada saing2 nak ajak ambe makan atau food testing.. beres je.. berehi sangat lah kita.
Hok ambe kenan akan ambe repost semula diblog ambe Setiu Post - www.terengganumyheritage.blogspot.com yang kini dan nak cecah 1 juta hit.
Terima kasih saing sobat yang sentiasa baca dan sokong post dan preview ambe.
Memang ambe suka berkonggsi dan blog ambe pun dah berusia 14 tahun sejak 2010 lagi.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog