Posts

Showing posts with the label maritim

Terokai Keunikan dan keindahan Sungai Terengganu dengan Payang Water Taxi

Image
  Keindahan dan keunikan Sungai Terengganu Sungai Terengganu merupakan salah satu sungai terpenting di negeri Terengganu, Malaysia. Keunikan dan keistimewaannya menjadikannya tarikan utama bagi penduduk tempatan dan pelancong. Pertama, sungai ini memainkan peranan penting dalam sejarah dan kebudayaan negeri Terengganu. Ia menjadi nadi kehidupan masyarakat setempat, bukan sahaja sebagai sumber air tetapi juga sebagai laluan pengangkutan tradisional sejak zaman dahulu. Sungai Terengganu juga terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Airnya yang jernih dan persekitaran hijau di sekitarnya menawarkan pemandangan yang menenangkan. Aktiviti seperti berkayak, memancing, dan pelayaran sungai sering dilakukan di sini, menjadikannya destinasi rekreasi yang popular. Selain itu, sungai ini menjadi tumpuan semasa perayaan seperti Pesta Sungai Terengganu, yang mempamerkan kebudayaan dan tradisi tempatan. Keistimewaan lain Sungai Terengganu ialah kepentingannya dalam sektor perikanan. Ia men...

Jeti Penambang Pasar Payang... lambang kuasa maritim suatu ketika dahulu

Image
Dulu ia adalah nadi dalam menghubungkan penduduk di Seberang Takir, Pulau Duyung, Pulau Sekati malah sampai ke Manir, Teluk Pasu serta Tanjung Sabtu dengan pusat bandar Kuala Terengganu. Bagi sesetengah penduduk yang tinggal di pinggir sungai Terengganu, adalah lebih mudah menggunakan perahu atau bot untuk ke Pasar Payang daripada jalan darat. Jeti penambang semakin ditelan arus, dengan arus kemodenan serta pembangunan yang kini telah pesat telah memberi kesan kepada pengangkutan ini. Apakah ia akan kekal dalam menongkah arus kemodenan di mana boleh dikatakan setiap rumah mempunyai kenderaan masing. Jeti kini semakin lesu. Perlu ada usaha untuk mengekalkan pengangkutan tradisi yang boleh dianggap sebagai warisan rakyat Terengganu. Ia juga melambangkan bahawa ornag Terengganu dahulu adalah mahir dan pakar dalam dunia maritim. Masakan perusahaan bot di Pulau Duyung diiktiraf antara pembuatan bot terbaik dunia, juga kapal-kapal dari Terengganu sentiasa berdagang ke Singgora atau Songkla d...

Pengunjung blog