Posts

Showing posts with the label masakan melayu

Warung Jelira Rasa, Kg Guntung Luar, destinasi sarapan pagi popular di Setiu, Terengganu

Image
  Gulai Kerutuk Itik Hari ini dalam perjalanan ziarah kematian bapa saudara di Besut, kita singgah Warung Jelira Rasa Kg Guntung Luar. Di sini popular dengan masakan Gulai kerutub itik, gulai ayam kampung serta ayam kampung goreng. Di antara kedai sarapan pagi yang popular di Setiu. Gulai dia bukanlah paling sedap, tapi apabila makan membuatkan kita teringat dan ada identiti rasa dia yang tersendiri. Lokasi kedai di trafik light Kg Guntung Luar dan boleh Waze atau Google Map Warung Jelira Rasa. Ia dibuka setiao hari dari jam 7.00 pagi sehingga jam 2.00 petang dan Turup pada setiap Sabtu. Dah gitu lah.. Ambe makan dulu Gulai Ayam Kampung

Gulai Lemak Ikan Haruan bersama daun kadok memang menyelerakan.. di Kg Bukit Yong

Image
Menikmati nasi bersama ulam-ulaman dan budu adalah suatu kemestian bagi orang Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu. Apatah lagi ditambah dengan keenakan Gulai Lemak Ikan Haruan serta ikan bakar samada secara tawar atau garam dan kunyit. Lauk-lauk sebegini sememangnya amat menambat selera warga kampung sejak dahulu lagi berbanding menikmati lauk-lauk mewah seperti udang, sotong, ikan tenggiri, ikan merah dan sebagainya. Keenakan lauk kampung ini memang mengenyangkan perut apath lagi disantap secara beramai-ramai. Alamak tak cukup nasi seperiuk dibuatnya. Inilah yang admin ingin bawa keenakan lauk kampung terutama gulai lemak ikan haruan yang dimasak bersama daun kadok memang menambat selera dan berkhasiat. Kedai makan yang terletak di Kg Bukit Yong di sempadan Kelantan- Terengganu ini sentiasa menggamit pelanggan dengan lauk sebegini termasuk Gulai Siput Sedut, Ikan Darat Goreng, Kulat Sisir Goreng dan macam-macam lagi. Percubaan admin untuk mencuba seler...

Pengunjung blog