Posts

Showing posts with the label masakan thai

Makan Tengahari di Chana, Songkhla.. masakan asli Thai

Image
Berkunjung ke Thailand baru-baru ini, rombongan di bawa makan tengahari di Chanaa dalam perjalanan ke Nakhorn Si Thammarat. Chanaa ini terletak di Wilayah Songkla Restoran ini cukup terkenal dengan masakan asli Thai Selatan yang cukup popular di Malaysia. Kali ini rombongan dihidangkan dengan Siakap Stim yang unik dan memang sedap, juga kerabu perut bulat, sup tulang yang kaw serta masakan lain yang semuanya menambat selera. Restoran ini sentiasa penuh pada waktu makan tengahari di mana masakan panas adalah amat popular walaupun pada waktu tengahari. Ia berbeza dengan ditempat kita yang lebih popular dengan nasi campur. Satu hidangan yang popular dan sedap di restoran ini adalah Kerabu Kaki Ayam. Jika anda mengunjungi Naratiwat, atau ke Hatyai boleh maklum pada agensi anda untuk makan di sini yang memang popular dan sedap.

Makan Tom Yam.. Bukit Jong, Kuala Terengganu

Image
  Setiap kali ingin makan tom yam, pastinya kita akan mencari kedai yang akan memenuhi selera kita. Banyak sekali restoran dan warung yang menjual tom yam , tetapi setiap kedai mempunyai rasa yang berbeza dan tidak sama. Di antara kedai tom yam yang memenuhi selera dan citarasa admin adalah kedai Tom Yam Bukit Jong, Kuala Terengganu yang berhadapan dengan kuari batu. Rasa tomyamnya cukup memikat dengan Tom Yam putih yang cukup berbeza rasanya dan terasa keaslian Thainya. Ianya nampak ringkas sahaja tetapi apabila dihirupnya, cukup memikat. Kedai ini bagaikan mempunyai pelanggan tetap terutama pemandu-pemandu lori yang melalui jalan Kuala Terengganu- Jerteh. Menu yang sentiasa menjadi pilihan di sini adalah Tom Yam Campur, telur dadar dengan nasi putih. Kadang-kadang ditambah dengan kailan ikan masin. Anda perlu cuba tom yam di sini dan rasai perbezaannya. Bagi menu lain rasanya, biasa-biasa sahaja. Di antara restoran lain yang mempunyai tomyam yang cukup memikat ...

Pengunjung blog