Makan Tengahari di Chana, Songkhla.. masakan asli Thai


Berkunjung ke Thailand baru-baru ini, rombongan di bawa makan tengahari di Chanaa dalam perjalanan ke Nakhorn Si Thammarat. Chanaa ini terletak di Wilayah Songkla
Restoran ini cukup terkenal dengan masakan asli Thai Selatan yang cukup popular di Malaysia.



Kali ini rombongan dihidangkan dengan Siakap Stim yang unik dan memang sedap, juga kerabu perut bulat, sup tulang yang kaw serta masakan lain yang semuanya menambat selera.



Restoran ini sentiasa penuh pada waktu makan tengahari di mana masakan panas adalah amat popular walaupun pada waktu tengahari. Ia berbeza dengan ditempat kita yang lebih popular dengan nasi campur.



Satu hidangan yang popular dan sedap di restoran ini adalah Kerabu Kaki Ayam. Jika anda mengunjungi Naratiwat, atau ke Hatyai boleh maklum pada agensi anda untuk makan di sini yang memang popular dan sedap.

Comments

Unknown said…
SEDAPNYER ...
Anonymous said…
boleh bagi nama kedai ni n alamat lengkap tak?

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog