Posts

Showing posts with the label menteri besar terengganu

22,279 – Penyertaan Tertinggi Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

Image
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) 2014 yang diberi nafas baharu mencatat sejarah penyertaan teramai sepanjang siri penganjurannya dengan 22,297 orang bersaing dalam 12 kategori semalam. Pelari dari Kenya terus mengungguli kategori utama (antarabangsa) lelaki dan wanita terbuka dalam perlumbaan sejauh 42 kilometer (km) yang bermula dan berakhir di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. Seurei Julius Kiprotichi, 38, yang menamatkan larian dua jam lapan minit dan 59 saat (2’08:59) membawa pulang RM18,000 manakala Mary Arennkwony Maiyo, 26, dengan catatan masa 2’33:44s meraih RM10,000 selaku juara. Tempat kedua lelaki dan wanita terbuka antarabangsa dimenangi oleh Muasya Onesmus Muindi dengan catatan masa 2’09:9s dan ketiga, Joel Kipumo Kemboi dengan masa 2’09:18s. Masing-masing menerima RM8,000 dan RM5,000. Tempat kedua wanita terbuka antarabangsa dimenangi oleh Edinah Jeruto Koech dengan catatan 2’38:44 saat dan ketiga Purity Chelimo Serem dengan catatan 2’40:...

Kerajaan negeri Terengganu beri pakej umrah untuk guru

Image
 Kerajaan negeri akan memberikan insentif berupaya pakej menunaikan umrah kepada 50 guru terpilih mulai tahun ini sebagai Anugerah Jasamu Dikenang. Menteri besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, rombongan yang dijangka berlepas ke Tanah Suci Makkah pada Jun ini akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib. Menurutnya, insentif itu bagi mengenang jasa guru yang banyak menabur bakti demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini. "Penerima akan dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mana syarat utama adalah guru yang banyak berjasa sama ada yang sedang berkhidmat, telah bersara atau mempunyai kaitan dengan pendidikan di negeri ini selain telah melakar pelbagai kejayaan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu kali ke-43 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, semalam. Turut ...

Program Bicara MB Terengganu Bersama Media termasukblogger

Image
18 January 2012 Salam 1Malaysia dan Salam 1Terengganu! Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk mengadakan Program Bicara Y.A.B Menteri Besar Terengganu Bersama Media (Blogger/Rakan Facebook/Twitter). Penyertaan ini terbuka kepada SEMUA rakan media Y.A.B Menteri Besar Terengganu. Jika berminat Tuan/Puan dikehendaki mengisi Borang Penyertaan Program Bicara Y.A.B Menteri Bersama Media . Borang penyertaan Tuan/Puan hendaklah dihantar secepat mungkin sebelum/pada 20 Januari 2012 . Disebabkan tempat yang diperuntukkan agak terhad bagi satu-satu masa, hanya tetamu yang terpilih sahaja akan menerima emel susulan bagi butiran majlis seperti tarikh, masa dan lokasi. sumber: TEGANU KITA

Pengunjung blog