Kerajaan negeri Terengganu beri pakej umrah untuk guru

Ahmad Razif (dua, kiri) merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri Terengganu di UMT, Kuala Terengganu, semalam.

 Kerajaan negeri akan memberikan insentif berupaya pakej menunaikan umrah kepada 50 guru terpilih mulai tahun ini sebagai Anugerah Jasamu Dikenang.

Menteri besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, rombongan yang dijangka berlepas ke Tanah Suci Makkah pada Jun ini akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib.

Menurutnya, insentif itu bagi mengenang jasa guru yang banyak menabur bakti demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini.

"Penerima akan dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mana syarat utama adalah guru yang banyak berjasa sama ada yang sedang berkhidmat, telah bersara atau mempunyai kaitan dengan pendidikan di negeri ini selain telah melakar pelbagai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu kali ke-43 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, semalam.

Turut hadir, Speaker Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,  Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri  Terengganu, Zakaria Hussin.

Ahmad Razif berkata, kuota sebanyak 50 tempat itu juga termasuk guru bukan Islam yang cemerlang, tetapi mereka akan menerima hadiah berupa pakej pelancongan ke mana-mana negara yang nilainya sama dengan pakej menunaikan umrah.

Beliau berkata, pengumuman insentif terbaru khusus untuk golongan pendidik itu jelas membuktikan penghargaan yang sama rata diberikan oleh kerajaan negeri, di mana dalam pengumuman sebelum ini adalah membabitkan atlet Sukan Malaysia (Sukma) yang akan bertanding di Perlis nanti.

Pada majlis dihadiri kira-kira 5,000 warga pendidik itu, Ahmad Razif turut mengumumkan bantuan kepada 494 PIBG dengan sumbangan tunai RM2,000 kepada setiap persatuan.

@sinar harian

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog