Posts

Showing posts with the label nasi berlauk ikan aya

TERJAH BESUT: Kedai Nasi Berlauk Pagi Tok Wan Hasan, Kg Padang Landak Jerteh, memang lejeng

Image
  Terjah Besut Nasi Berlauk Kg Padang Landak, Jerteh, Terengganu adalah destinasi makan pagi klasik dan lejeng di Besut, Terengganu. Memang sedap gulai ikan aya di sini dan sentiasa menjadi tumpuan ramai buat warga Jerteh dan Besut. Warungnya kecil sahaja di tepi jalan, tapi sentiasa mendapat tumpuan ramai. Ada 2 menu tumpuan di sini iaitu Gulai Ikan Aya dan Gulai Ayam. Cuma Gulai ayam tak sempat cuba kerana dah habis, nanti mungkin lain masa kita akan mencubanya. Selain itu pulut nissang gaul nyiur juga sedap macam masakan orang tua. Juga ada menu lain seperti nasi dagang, mee hoon , ayam kampung goreng dan banyak lagi serta pelbagai kuih muih. Kedai yang terletak ditepi jalan sebelah kiri menghala ke Pasir Puteh ini memang menjadi lokasi makan pagi popular di sini. Selepas makan di kedai, ambe bungkus gulai ikan dan sambal belacan bawa balik untuk makan tengahari dirumah. Puashati. Dan ia juga tahan lama malah boleh dimakan sampai ke malam. Untuk ke lokasi boleh Google Kedai Mak...

Nasi Berlauk Pokok Besar Kg Tanjung, Kuala Terengganu

Image
Pada kebiasaannya apabila selesai urusan di bandar Kuala Terengganum Warung Nasi Berlauk Pokok Besar di Kg Tanjung menjadi pilihan untuk makan dan minum petang. Terletak di Kg Tanjung berhampiran Jln Kg Kolam menuju Flat Sri Kolam, sentiasa menjadi tumpuan pada waktu petang. Banyak sekali kuih-kuih tradisional Terengganu di jual di sini. Apa yang selalu menjadi pilihan blogger adalah nasi Berlauk Ikan Aya  dengan Sambal Belacannya yang pedas dan sedap (nyangkut orang Terengganu kata). Selain itu, menu yang selalu menjadi kegemaan pelanggan adalah Kuew Tiaw Goreng Basah, yang kata pelanggan sedap dan boleh tahan sedapnya. Walaupun keadaan gerainya nampaknya biasa-biasa sahaja, tetapi tetap menjadi pilihan ramai. Kalau tuan punyai kedai dapat menaiktaraf sedikit keadaan kedai, tentunya ia akan menjadi pilihan ramai terutama mereka yang memerlukan standard yang tinggi dalam kebersihan kedai mahupun makanan (dengan kata lain agak cerewet).

Pengunjung blog