Posts

Showing posts with the label niaga

#kuliahbisnes - Apa itu Prinsip PARETO?

Image
Apa itu Prinsip Pareto? Istilah 'Prinsip Pareto' datang dari nama ahli ekonomi Vilfredo Pareto. Prinsip ini lebih dikenali dengan nama Hukum 80-20. Prinsip ini  mengatakan 20% kerja yang kita lakukan menghasilkan 80% pulangan yang diperoleh. Manakala 80% lagi kerja yang kita lakukan akhirnya cuma menghasilkan 20% pulangan. . Hukum 80-20 ini berlaku di mana-mana. Dan dalam semua jenis pekerjaan. Yang menjadi isu bagi kita orang bisnes adalah, macam mana kita hendak tahu 20% kerja-kerja yang menghasilkan 80% pulangan itu. Apabila kita tahu kerja-kerja itu, maka kita patut fokus melakukan kerja-kerja itu sahaja. Kerja-kerja lain boleh diserahkan kepada staff. . Lazimnya kita percaya apabila kita tambah buat kerja, maka bisnes kita akan naik lebih tinggi. Kita percaya kerja lebih keras, bisnes lebih bagus. Ini yang membuat kita sanggup bekerja keras. Tapi kita boleh tengok banyak kes berlaku di mana peniaga kecil yang bekerja sangat keras, tetapi bisnesnya ...

KT Walk Tarik 10,000 Pengunjung

Image
Sambutan pengunjung terhadap Pasar Malam KT Walk, Kuala Terengganu yang dibuka setiap Jumaat tiga minggu lalu, cukup menggalakkan melebihi 10,000 pengunjung dalam tempoh itu. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman, berkata situasi itu mendorong orang ramai terutama peniaga kecil-kecilan untuk turut sama berniaga dan kini meningkat hampir 200 permohonan tambahan. Katanya, bagaimanapun pihaknya masih mengekalkan 100 peniaga KT Walk sedia ada dan bermungkinan akan menambah bilangan gerai serta memanjangkan lokasi dalam tempoh terdekat. “Perancangan awal, sememangnya mahu membuka pasar malam itu bermula jalan berdekatan Hotel Seri Malaysia sehingga Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah. “MBKT akan memilih mana-mana individu yang benar-benar serius untuk berniaga, selain mengutamakan peniaga nasi dagang, keropok lekor dan kuih tradisional ,” katanya kepada teganukita. #@teganukita

Kios Adeq Sue Buka Peluang Kepada Usahawan Muda

Image
Syarikat milik penuh bumiputera, Adeq Sue Resources Sdn. Bhd. (Adeq Sue) yang terlibat dalam industri berasaskan makanan bakal membuka peluang kepada usahawan-usahawan muda untuk memulakan perniagaan dengan menyediakan kios Adeq Sue dijadualkan beroperasi Jun ini. Pengarahnya, Hairuddin Omar berkata, untuk memulakan perniagaan kios ini para usahawan muda hanya perlu menyediakan modal anggaran dalam RM8 ribu hingga RM10 ribu. “Mereka hanya perlu menyediakan modal dan semua keperluan serta kelengkapan diuruskan pihak syarikat dimana kios yang berkonsepkan seperti gerai burger dengan menggunakan jenama Adeq Sue akan menjual nasi bersama masakan ikan bakar dan lain-lain. “Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang akan memudahkan usahawan muda ini untuk mendapat bantuan modal,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jejak Usahawan anjuran Yayasan Pemb...

Ternakan Ikan Keli Menjana Pendapatan

Image
PENINGKATAN harga makanan ikan mendorong Ibrahim Ahmad, 51 pengusaha ternakan ikan keli menjalankan pelbagai uji kaji bagi menghasilkan makanan terbaik untuk ikan peliharaannya. Berbekalkan sedikit pengetahuan yang diperoleh ketika menghadiri beberapa kursus anjuran Jabatan Perikanan, Ibrahim berjaya menghasilkan makanan ikan sendiri. Bermula dengan penggunaan campuran hampas kacang soya, tepung gandum, sedikit minyak masak, ikan baja, PKC ( palm kernel cake ) dan sedikit sayuran kini Ibrahim mampu berbangga dengan resipi ciptaannya sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri. Selain bahan-bahan tersebut, roti yang telah luput tarikh serta hampas kelapa juga turut digunakan bagi memastikan kadar protein yang tinggi diperolehi ikan yang diternak. Dalam pada itu sayuran seperti daun ubi kayu juga turut digunakan bagi meningkatkan kandungan fiber di dalam manakan yang dihasilkan. Menurut Ibrahim, makanan ikan yang diproses sendiri lebih menjimatkan kerana bahan-bahan yang dig...

Ayam Kampung Organik menjana pendapatan lumayan

Image
WALAUPUN keputusan tersebut memberikan impak besar terhadap dirinya, dorongan dan semangat daripada keluarga membuatkan dia nekad berkecimpung dalam projek penternakan ayam kampung. "Asalnya, menceburi bidang penternakan ini sekadar hobi, lama-kelamaan melihat kepada permintaan ayam yang meningkat secara mendadak terutama menjelang musim perayaan, saya bersama dua rakan kongsi memutuskan untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung," katanya. Lebih mengujakan, ladang ternakan yang mempunyai keluasan lima hektar (ha) dan mampu menampung sebanyak 12,000 ekor ayam agak berlainan berbanding projek lain kerana diusahakan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Bermula hari pertama anak ayam menetas, ia akan ditempatkan di sebuah reban selama 14 hari sebelum dilepaskan dalam kawasan ladang. Ayam itu dibiarkan mencari makanan sendiri walaupun pihaknya memberi makanan empat kali sehari. Secara umumnya, ayam kampung ini dipelihara secara lepas bagi membolehkannya ber...

Pengunjung blog