Posts

Showing posts with the label pakej pelancongan

MATTA anjur seminar pembangunan pakej pelancongan

Image
Oleh: Noraini Jusoh Kerajaan negeri melalui sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 dengan kerjasama Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Terengganu telah menganjurkan Seminar Pembangunan Pakej-Pakej Pelancongan sempena TMT 2013 bertempat di Kuala Terengganu, semalam.  Seminar yang berlangsung selama sehari ini membincangkan pakej-pakej pelancongan menarik yang terdapat di Terengganu yang boleh dipromosikan kepada pelancong khususnya sempena TMT 2013 nanti. Ketua pembentang, Encik Alex Lee Yun Ping berkata, dua topik utama dibincangkan dalam seminar tersebut iaitu mengenai pakej-pakej pelancongan berbentuk pulau dan tasik serta perbincangan yang berkisar kepada pakej-pakej pelancongan bandar, acara, kebudayaan dan kesenian.  “Sepanjang bengkel berlangsung lebih kurang 10 pakej siap dibincangkan dan selebihnya akan diserahkan kepada sekretariat TMT 2013 untuk tindakan lanjut. Ehsan: teganuku.blogspot.com  “Anta...

T Holidays melangkah setapak lagi dengan bas persiaran terbaru

Image
T Holidays Travel  & Tour , sebuah agensi pelancongan yang pertama bertapak di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu kini melangkah setapak lagi dengan pelancaran bas persiaran terbaru. Bas dengan kapasiti 40 penumpang ini baru operasi dan sedia memberi perkhidmatan kepada mana-mana agensi yang memerlukan dengan kadar harga yang berpatutan. Bas model Hino E 5 ini sungguh selesa dengan rekaan terkini dari  SKS Bus lengkap dengan kemudian audio dan TV LCD 42 inci pastinya memberi kepuasan kepada penumpang sepanjang perjalanan. Hasil usaha gigih usahawan anak muda Setiu  iaitu Nik Man Mohd Yasin ini kini boleh dibanggakan yang bermula dari bawah dengan usaha secara kecil-kecilan. Kegigihan beliau ini boleh dijadikan tauladan dan dorongan kepada anak muda yang lain untuk turut sama memajukan lagi bidang keusahawanan di Terengganu dan khususnya di Setiu.  Di antara perkhidmatan yang di tawarkan adalah perkhidmatan van dan bas persiaran, pakej ke Pulau Red...

Pengunjung blog