Posts

Showing posts with the label panas

Datuk Farid Kamil disahkan positif ganja...alahai

Image
KUALA LUMPUR – Pelakon Farid Kamil disahkan positif dadah jenis ganja selepas didakwa melakukan kekecohan di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pelakon terbabit. “Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja. “Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” ujarnya Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara. Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. – K! ONLINE admin: kalau sudah menjadi public figure, sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat. Baru saja dapat anugerah akan teta...

Ikan terkecil di dunia ditemui di Terengganu

Image
Spesis ikan paling kecil di dunia, ”Paedocypris” dari keluarga ”Cyprinidae” dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk di Dungun. Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Azmi Nordin berkata, ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006. "Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya di sini, hari ini. Azmi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini. Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang. Menurut Azmi, buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan har...

Sempat Menyinggah di LA Hot Spring, Besut

Image
Cuti sekolah baru-baru ini, blogger sempat membawa anak-anak dan anak saudara untuk mandi manda di LA Hot Spring @ Kolam Air panas LA, Besut, Terengganu. Anak-anak cukup gembira jika dibawa ke sini. Tiba saja di sana kelihatan ramai juga pengunjung telah da sedang seronok berkelah. Airnya cukup sejuk namun keseronokan untuk mandi juga kuat. Apa yang menggembirakan hati blogger adalah air sungainya sentiasa jernih, bersih dan terjaga. Di harap ianya berterusan untuk generasi akan datang. Terdapat juga pembinaan chalet baru berhampiran tempat letak kenderaan. Di kawasan kolam air panas terdapat ramai juga pengunjung yang merendam kaki dan badan sekali. Memang terasa hangatnya air panas di sini. Di katakan ianya amat baik dan bagus sekali bagi perjalanan darah serta mengaktifkan saraf-saraf dan urat-urat terutama di kawasan refleksi kaki. Bagi mereka yang diluar Terengganu, ia terletak di daerah Besut. Bagi mereka dari Kuala Terengganu, boleh ke sana melalui simpang Jabi -Pas...

Pengunjung blog