Posts

Showing posts with the label pasar tani

Pasar Tani Sungai Tong Setiu akan mula beroperasi pada 28 April 2017 ini....

Image
Pasar Tani Sungai Tong, Setiu, Terengganu akan mula dibuka bermula pada 28 April 2017 . Ia akan mula beroperasi bermula jam 3.30 petang hingga 7.00 malam. Orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan dengan lebih mudah dan murah terutama sayuran dan hasil tani segar daripada kawasan sekitar. Pakat mari ramai-ramai untuk dapatkan barangan keperluan anda #setiupost

Pasar Minggu dan Pasar Tani Bandar Permaisuri, Setiu, macam-macam ada di sini

Image
Batu permata bersama cincin dengan pelbagai pilihan yang menawan Pasar minggu dan pasar tani Bandar Permaisuri di Setiu, Terengganu menjadi salah satu destinasi penting kepada warga Setiu, bukan sahaja bagi mendapatkan keperluan harian, malah pelbagai barangan eksotik yang sukar didapati di bandar mahupun hari biasa. Sayur segar dari kampung Ia boleh menjadi salah satu daya tarikan yang unik terutama bagi mereka yang gemarkan pelbagai kuih tradisional, ulam-ulaman segar dan jarang di jumpai, malah anak itik pun boleh dibeli disini. Juga tentu seronok melihat para penjualnya adalah makcik-makcik yang sebaya mak kita turut sama meraih rezeki di sini. Mereka ini membawa sendiri hasil tanaman atau jualan dari pelusuk kampung untuk diniagakan di sini. Kalau bernasib baik anda akan mendapat belian yang lebih dan harga yang murah. Bagi penggemar permata dan cincin, pelbagai pilihan batu permata yang unik dengan bermacam-macam bentuk. Ikan darat pun ada ataupun ikan sunga...

Pengunjung blog