Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?
Sayang rumah tradisional Melayu Terengganu dibiarkan usang tanpa pemuliharaan Kali ini blogger benar-benar rasa terpanggil untuk menulis dan meluahkan rasa terhadap khazanah dan warisan yang kita ada tapi terbiar begitu sahaja. Ia adalah koleksi rumah lama, istana lama Tg Long di Kg Raja Besut. Kampung yang suatu masa dulu menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Besut sememangnya mempunyai struktur kampung baik dan tersusun di sepanjang sungai Besut. Ia mempunyai nilai khazanah yang tidak ternilai Setiap kali terpandang rumah lama yang unik dan tidak ternilai khazanahnya, rasa macam kerugian kalau ia terus di biarkan. Sedangkan ia mempunyai kesinambungan dengan apa yang ada di Balai Seni Ukir Besut. Istana Tengku Long yang kini terbiar Blogger amat berharap pihak PBT ( seperti Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, YB DUN Kota Putera, Ahli Parlimen Besut, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu) sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi menjaga ...