Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

Sayang rumah tradisional Melayu Terengganu dibiarkan usang tanpa pemuliharaan

Kali ini blogger benar-benar rasa terpanggil untuk menulis dan meluahkan rasa terhadap khazanah dan warisan yang kita ada tapi terbiar begitu sahaja. Ia adalah koleksi rumah lama, istana lama Tg Long di Kg Raja Besut. Kampung yang suatu masa dulu menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Besut sememangnya mempunyai struktur kampung baik dan tersusun di sepanjang sungai Besut.

Ia mempunyai nilai khazanah yang tidak ternilai

Setiap kali terpandang rumah lama yang unik dan tidak ternilai khazanahnya, rasa macam kerugian kalau ia terus di biarkan. Sedangkan ia mempunyai kesinambungan dengan apa yang ada di Balai Seni Ukir Besut.

Istana Tengku Long yang kini terbiar

Blogger amat berharap pihak PBT ( seperti Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, YB DUN Kota Putera, Ahli Parlimen Besut, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu) sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi menjaga warisan ini yang mampu menjadi tarikan dunia.

Binaannya dikatakan tidak menggunakan paku

warisan yang kini dibiarkan begitu sahaja
Binaan rumah ini mempunyai keunikan tersendiri dari segi arkitek dan senibina, kayu yang di guna pakai dan kebiasaannya tidak menggunakan paku. Dan ia sememangnya unik kerana ia tiada di tempat lain.

Ia unik dan mempunyai cerita yang tersendiri

Suasana di Kg Raja ini sungguh mendamaikan dan memberi keunikan yang tersendiri. Sayang jika khazanah ini terbiar. Dan sebenarnya Kg Raja layak menjadi kampung warisan atau pekan warisan dengan nilai sejarah yang ada padanya. Siapa lagi yang akan menjaganya kalau bukan kita?

Siapa yang menjaga arisan ini?

Sama-sama kita bangunkan warisan pelancongan Negeri Terengganu yang amat berharga ini.

Kini menunggu rebah

artikel lain:

http://terengganumyheritage.blogspot.com/2012/06/desa-ukiran-kayu-istana-tg-long-kg-raja.html

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog