Posts

Showing posts with the label perak

Terjah Perak: Ikan Pekasam Loma Pak Su di Hentian Perah, Grik, Perak.. pembuka selera

Image
  Terjah Perak Ikan Loma Pekasam Dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang , singgah makan tengahari di Hentian Perah di Pengkalan Hulu. Di sini terkenal dengan ikan loma pekasam yang menjadi identiti istimewa ikan hulu sungai Perak. Memang sedap makan dengan nasi panas panas. Selain ikan loma, ikan sebarau, toman, serta ikan lain turut dijadikan pekasam. Pak Su ni adalah antara pengusaha ikan pekasam di sini dan jika sesiapa ingin mencubanya boleh hubungi Pak Su di gambar yang tertera dan boleh di pos. Menurut Pak Su, bulan Ogos adalah musim ikan loma yang cukup meriah dan.menjadi rezeki bagi masyarakat di sini dan sekitar Tasik Raban. Uniknya ikan Loma ini hanya terdapat di Hulu sungai Perak dan sukar dijumpai ditempat lain. Memang kena ada stok dalam peti dirumah.Hentian disini juga turut menjual ikan pekasam goreng sebagai hidangan selain pelbagai jenis menu lain yang banyak pilihan serta menambat selera. Bagi yang ingin mencuba, boleh menghubungi Pak Su di talian 010-5486920, ...

Berita Gempak buat penggemar Durian, hanya RM50 je seorang

Image
  Berita gempak buat penggemar durian Hanya RM50 makan durian sampai puas di Duriotourism @ MARDI Kuala Kangsar IPOH : Bagi penggemar durian, ini berita gembira buat anda. Dengan bayaran RM50 seorang bagi dewasa anda boleh menikmati raja buah ini sepuas-puasnya yang meliputi durian gred baik di Duriotourism @ MARDI Kuala Kangsar. Ia diadakan sempena musim durian pada kali ini yang mana pakej ini bermulai pada 9 hingga 29 Julai 2024.  Dalam kenyataan, MARDI Kuala Kangsar memaklumkan pelbagai pakej dan aktiviti menarik menanti pengunjung. Antaranya Pakej Duriotourism meliputi aktiviti menaiki tram melawat keindahan ladang durian MARDI Kuala Kangsar dan menikmati kelazatan durian segar dari ladang.  Turut diadakan ialah aktiviti jualan buah durian segar, durian pack dan tempoyak Bagaimana pun, Pakej Duriotourism dan penjualan buah durian hanya dilakukan pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Pakej untuk Duriotourism pul...

Delegasi Terengganu ke Let's Go Malaysia di Medan, Indonesia

Image
Seramai 13 agensi terdiri daripada 8 hotel dan resort serta 5 agensi pelancongan dan pegawai SUK Terengganu dan KETENGAH telah mengikuti Program Travel Mart Let's Go Malaysia di Medan, Indonesia pada 2 hingga 4 Oktober 2014. Program ini telah di anjurkan oleh Syarikat penerbangan YOU Wings iaitu rakan penerbangan Sriwijaya Air . Ia di adakan sempena 2 penerbangan terus antarabangsa oleh YOU Wings iaitu daripada MEDAN ke KUALA TERENGGANU dan MEDAN ke IPOH pada November ini. Ia merupakan satu peluang yang hebat dalam meneroka potensi pelancongan dan perniagaan di antara ketiga-tiga destinasi tersebut. Program ini telah dapat menarik ramai hadirin yang terdiri daripada pengusaha agensi pelancongan di Medan untuk hadir dan mendapatkan maklumat mengenai pelancongan negeri Terengganu dan Perak. Majlis ini juga turut di hadiri oleh Pengerusi YOU Wings iaitu Dato' Hakim Hamidi, Pengerusi ASITAS Sumatera Utara, Bapak Solahudin Nasution Ghani, Consul Gen...

Pengunjung blog