Pulau Perhentian- Pelancongan Bertaraf Dunia di Terengganu
Kenangan semasa urusan tugas mengklasifikasikan resort atau 'rating' di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu satu pengalaman yang amat sukar dilupakan. Daripada suasana jeti, hinggakan suasana resortr-resort di sana dan yang paling mengujakan apabila sampai di pantai pulau yang putih bersih, bagaikan terlupa diri bahawa ini adalah Pulau Perhentian di Terengganu. Memang cantik dan memang indah malah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Dengan kejernihan air lautnya serta keindahan dunia bawah laut samada menyelam atau pun ber'snokelling' pastinya memberi satu pengalaman yang luar biasa. Bilik penginapan di Perhentian Island Resort Saya menginap di Perhentian Island Resort, resort bertaraf tiga bintang yang mempunyai kemudahan lengkap dan pantai yang amat cantik, malah batu karang di hadapan resort pun sudah mengujakan. Tips semasa snorkelling, bawalah roti atau makanan kering lebih sedikit, pastinya anda akan dibelai oleh ikan-ikan yan...