Posts

Showing posts with the label persatuan pelancongan negeri terengganu

Persembahan Kebudayaan hujung minggu di Pantai Batu Buruk.. sokongan anda bermakna budaya kita utuh

Image
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN HUJUNG MINGGU (SETIAP SABTU) Masa : 9:00pm - 11:00pm Tempat : Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu Antara persembahan yang akan diadakan adalah wayang kulit, rodat, dikir barat, gamelan, serta tarian tradisional dan lagu rakyat. Marilah bersama-sama menghidupkan suasana malam di pantai peranginan di samping menghayati persembahan kesenian yang dipersembahkan oleh badan kebudayaan dan kesenian negeri Terengganu! Menyokong aktiviti kebudayaan adalah satu tanggungjawab bersama bagi memastikan kesinambungan dan kelestarian budaya yang berterusan dan tidak pupus ditelan zaman. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan menyokong kegiatan kebudayaan sebegini.

Teruskan aktiviti kebudayaan Payang Walk-PPNT

Image
Oleh; Esah Abdullah Kerajaan negeri digesa meneruskan aktiviti persembahan kebudayaan sempena program Payang Walk yang akan bermula semula pada Khamis depan. Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) Wan Supian Dato’ Wan Ishak berkata, persembahan kebudayaan itu merupakan satu daya tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke Payang Walk di samping dapat memperkenalkan kebudayaan tempatan.  “Persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, rodat, tarian saba, silat adalah antara persembahan kebudayaan yang masih ada untuk diketengahkan kepada pelancong dan kepada generasi baru,” katanya. Menurutnya, persembahan kebudayaan di Payang Walk diadakan setiap Sabtu dan Ahad itu mula diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, tetapi telah dihentikan pada Disember kerana masaalah cuaca. ``Bagaimanapun PPNT berharap acara persembahan kebudayaan itu dapat diadakan sempena program itu berlangsung bagi mempamerkan kehebatan kebudayaan negeri. ``Kita banyak diberi pendedahan mengen...

Jawatan Kosong di Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu memerlukan kakitangan sebagai mana berikut:

Jemputan Untuk Makan Malam di River Cruise Payang Walk oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
Hari ini blogger telah mendapat jemputan untuk menghadiri Program Makan Malam di atas bot bagi Promosi River Cruise Payang Walk di Jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu. Program anjuran Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu ini akan berlangsung pada 16 Oktober 2012 yang akan dihadiri oleh pihak media, wartawan serta blogger-blogger jemputan termasuk blogger blog ini. Ia adalah satu penghargaan kepada blogger di alam maya dalam mempromosikan pelancongan di Terengganu serta memperkenalkan Payang Walk di Pasar Payang yang diperkenalkan oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu. Terima kasih PPNT Blogger: sentiasa bersedia untuk membuat preview produk pelancongan termasuk hotel, resort, restoran serta produk pelancongan baru.

Rumah Terbuka Aidil Fitri Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
Di bulan Syawal / September 2012 ini banyak juga jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri yang blogger terima antaranya Rumah Terbuka Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu yang di adakan di Kompleks Kraft Noor Arfa di Chendering, Kuala Terengganu. Ia dihadiri oleh penggiat pelancongan samada pengusaha hotel, resort, pemandu pelancong, agensi pelancongan, pengusaha kraft serta mereka yang terlibat dalam industri pelancongan. Malah para pengunjung dan rombongan yang membuat lawatan ke kompleks kraft ini turut sama di raikan dalam majlis ini. Pelbagai hidangan terutama' Signature Terengganu' iaitu Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu, Laksa Kuah Lemah, ketupat, tapai pulut dan macam-macam lagi disajikan kepada para tetamu. Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu atau PPNT adalah badan bukan kerajaan @ NGO yang memayungi mereka yang bergiat dalam industri pelancongan samada individu mahupun organisasi. Ia adalah wadah atau medium untuk mereka menyuarakan pandangan serta i...

Pengunjung blog