#kuliahbisnes - Komunikasi Pemasaran atau Marketing Communication kepada bisnes anda..
Tip bisnes Marketing Communication @ Komunikasi Pemasaran Ia elemen penting dalam bisnes dan dalam sesebuah organisasi bisnes. Di antara elemen yang penting dalam KomunikasiPemasaran ini adalah: Advertising atau pengiklanan Pengiklanan adalah elemen penting dalam bisnes dan ia memerlukan kos yang banyak dan tinggi walaupun penting. Dam ia juga memerlukan perancangan yang tinggi agar ia bermanfaat dan mencapai objektif pengiklanan. Lihat KFC atau McD yang sentiasa mengeluarkan kos pengiklanan yang tinggi setiap tahun padahal kanak-kanak kecil sudah mengenal produk kedua-kedua yang terkenal ini. Kerana mereka mahu brand atau produk mereka terus melekat di hati pelanggan dengan lebih dekat dan kukuh. Juga lihat bagaimana gigihnya Dato Seri Vida atau DSV menaja berjuta-juta program di ASTRO bagi mengukuhkan jenama DSV dan juga memastikan setiap pelanggan mengingati DSV dan produk dengan lebih kukuh samada suka atau pun tidak. Walaupun tida...