Pulau-Pulau Terengganu....
Pulau Redang adalah antara pulau yang paling terkenal di Terengganu yng dapat kunjungi samada melalui jalan udara ataupun laut.Dengan kemudahan resort dan pusat selam skuba yang banyk di pulau ini, ia adalah antara destinasi pilihan pengunjung ke Terengganu. Dengan 31 pusat selam skuba, sukan air serta aktiviti snorkeling yang menyeronokkan tidak akan menghampakan anda jika berkunjung ke sini. Banyak pilihan resort mengikut bajet anda pastinya memberi anda pelbagai pilihan. apapun pastikan anda membuat tempahan awal melalui agensi pelancongan supaya keriangan anda tidak terhenti dan memori percutian anda akan terus semadi di pulau ini. Taman Laut di Pulau Pinang berhampiran Pulau Redang adalah antara lokasi wajib untuk dikunjungi bagi melakukan aktiviti snorkeling. Dengan pelbagai hidupan bawah laut yang berwarna warni akan memberi dimensi baru betapa indannya syurga di bawah laut di Terengganu. Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan percutian yang menarik kepada ...