Pulau-Pulau Terengganu....

Pulau Redang adalah antara pulau yang paling terkenal di Terengganu yng dapat kunjungi samada melalui jalan udara ataupun laut.Dengan kemudahan resort dan pusat selam skuba yang banyk di pulau ini, ia adalah antara destinasi pilihan pengunjung ke Terengganu. Dengan 31 pusat selam skuba, sukan air serta aktiviti snorkeling yang menyeronokkan tidak akan menghampakan anda jika berkunjung ke sini. Banyak pilihan resort mengikut bajet anda pastinya memberi anda pelbagai pilihan. apapun pastikan anda membuat tempahan awal melalui agensi pelancongan supaya keriangan anda tidak terhenti dan memori percutian anda akan terus semadi di pulau ini.

Taman Laut di Pulau Pinang berhampiran Pulau Redang adalah antara lokasi wajib untuk dikunjungi bagi melakukan aktiviti snorkeling. Dengan pelbagai hidupan bawah laut yang berwarna warni akan memberi dimensi baru betapa indannya syurga di bawah laut di Terengganu.

Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan percutian yang menarik kepada anda. Dengan keindahan dunia akuamarin pastinya memukau mata anda dan menjadi pilihan utama terutama pelancong asing yang berkonsepkan 'backpackers'.Pengalaman untuk melihat 'manta rays', Yu Karang, serta barracuda pastinya tidak akan dilepaskan peluang begitu sahaja. Di celah-celah pantai anda juga berpeluang untuk melihat sendiri penyu bertelur yang merata-rata di sini iaitu di Teluk Batu Tiga juga memberi makan ikan -ikan yang berwarna warni dengan sinaran mentari.

Bagi anda yang perlukan lebih masa untuk bersendiri, Pulau Lang Tengah adalah pilihan yang sesuai. Tarikan karang dan dunia dibawah air tidak akan menghampakan percutian anda di sini.

Pulau Bidong yang suatu ketika dahulu menjadi penempatan pelarian Vietnam bukan sahaja meninggalkan kesan sejarah, malah ia juga kini pusat kajian Oceanografi oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pulau-pulau lain yang tidak kurang hebat daya tarikannya adalahPulau Susu Dara,Pulau Rhu, Pulau Kapas, Pulua Gemia serta Pulau Tenggol. Apa yang ada di Terengganu tidak sama dengan apa yang ada di tempat lain. Keunikannya memberi daya tarikan yang tersendiri.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog