Posts

Showing posts with the label putrajaya

Landskap buluh yang menawan di Alamanda, Putrajaya

Image
Cantik sungguh landskap pokok buluh di Alamanda, Putrajaya. Ia memukau sesiapa sahaja. Bukan sahaja nampak redup malah ia memberi satu dimensi baru seakan-akan jalan menuju kejayaan. Memang terpukau duduk di sini. Inilah hasil idea kreatif pereka landskap untuk disesuaikan dengan pusat membeli belah. Bagi peminat fotografi, ia memberi idea baru untuk tatapan atau mencuba pelbagai sudut baru.

Foto Segmen Putrajaya 2012

Image
Panorama di Jambatan Putrajaya amat memukau dan mengujakan Di sini blogger abadikan foto-foto yang dirakam di sepanjang percutian Mei 2012 di Putrajaya. Kadang-kadang gambar itu sendiri mampu membawa cerita tersendiri keriangan kanak-kanak di Masjid Besi atau Masjid Sultan Mizan wajah comel Izzah Ahmad Mursyid dalam feri cruise Putrajaya Ahmad Baihaqi dengan posing tersendiri nanti Fahim keluar dulu, Abang Mursyid tunggu la remang senja di Putrajaya PICC- Putrajaya International Convention Center seronok bila jalan bersama merenung masa depan

Cuti Sekolah Mei 2012- Putrajaya

Image
masjid Putrajaya yang tersergam in dah Cuti sekolah dah bermula dan blogger mula sibuk melayan kerenah anak-anak. Rupanya blog ini mula mendapat perhatian masa cuti sekolah, mungkin jadi rujukan bagi mereka yang inginkan atau merancang percutian ke Negeri Terengganu Darul Iman. Memang itulah niat sebenar blogger berkongsi maklumat untuk tatapan pembaca. Blogger ada juga mendapat permintaan mereka yang ingin membeli dan menggunakan gambar-gambar yang ada di blog ini. Nampaknya selepas ini, kena belajar lebih lagi teknik-teknik fotografi ataupun Photo Journalism dan yang berkaitan. Untuk cuti sekolah ini blogger dan keluarga merancang untuk ke pantai barat semenanjung iaitu ke Selangor, Putrajaya, dan Negeri Sembilan. Kebetulan pula pada Mesyuarat Agung PPNT baru-baru ini dalam cabutan bertuah dapat hadiah penginapan percuma 2 hari 1 Malam di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kira bertuah juga tahun 2012. Bersempena pula pada 27 Mei 2012 ada...

Pengunjung blog