Cuti Sekolah Mei 2012- Putrajaya

masjid Putrajaya yang tersergam in dah

Cuti sekolah dah bermula dan blogger mula sibuk melayan kerenah anak-anak. Rupanya blog ini mula mendapat perhatian masa cuti sekolah, mungkin jadi rujukan bagi mereka yang inginkan atau merancang percutian ke Negeri Terengganu Darul Iman. Memang itulah niat sebenar blogger berkongsi maklumat untuk tatapan pembaca.
Blogger ada juga mendapat permintaan mereka yang ingin membeli dan menggunakan gambar-gambar yang ada di blog ini. Nampaknya selepas ini, kena belajar lebih lagi teknik-teknik fotografi ataupun Photo Journalism dan yang berkaitan.









Untuk cuti sekolah ini blogger dan keluarga merancang untuk ke pantai barat semenanjung iaitu ke Selangor, Putrajaya, dan Negeri Sembilan.
Kebetulan pula pada Mesyuarat Agung PPNT baru-baru ini dalam cabutan bertuah dapat hadiah penginapan percuma 2 hari 1 Malam di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kira bertuah juga tahun 2012.
Bersempena pula pada 27 Mei 2012 adalah ulangtahun perkahwinan blogger dan isteri yang ke 12, kira percutian kali ini memang penuh makna.
Perjalanan dimulakan pada 27 Mei 2012 dengan menghabiskan kenduri serta membeli beberapa keperluan bercuti sebelum bertolak ke Semenyih, Selangor. Rancangan utama percutian dan ziarah sanak saudara.
Perjalanan bermula jam 12.00 tengahari dan akhirnya tiba di Semenyih pada jam 12.30 tengah malam. Ia mengambil masa lebih kurang 12 jam perjalanan berkeluarga dengan 'toilet time' , 'break time' dan macam-macam kalau dan berjalan satu gerabak.Perjalanan juga menyeronokkan dengan pemanduan melalui Lebuhraya Pantai Timur bermula Gemuruh, Kuala Terengganu ke Bukit Besi iaitu laluan yang baru dibuka. Dan kemudiannya menyambung dari Jabor terus ke Gombak sebelum memasuki Lebuhraya PLUS Sg Besi- Kajang sebelum ke Lebuhraya SILK kajang- Semenyih. Apa-apapun perjalanan lancar dan selamat.

Hari kedua, rancangannya adalah ke Putrajaya pada sebelah petangnya. Dan waktu pagi adalah waktu rehat setelah penat seharian memandu.
Destinasi Putrajaya adalah lebih kepada lawatan sambil belajar kepada anak-anak berkenaan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Juga mengambil kesempatan berkunjung ke Masjid Besi atau Masjid Sultan Mizan, Dataran Putrajaya dengan gahnya tersergam Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Masjid Putrajaya dan semestinya landskap indah Tasik Putrajaya.

Keinginan anak-anak dan cucu saudara memuncak apabila melihat feri atau river cruise putrajaya. Kesempatan ini diambil bagi menggembirakan anak-anak. Feri terakhir petang ini jam 5.30 petang, memang rezeki. Harga tiket dewasa RM30 seorang dan kanak-kanak RM20 seorang, pakej semua untuk semua 2 dewasa dan 6 kanak-kanak adalah RM134.00.
Seronok melihat anak-anak gembira menikmati panorama indah melalui Tasik Putrajaya. Sepanjang menaiki feri ini, pengunjung diberi taklimat tentang maklumat mengenai Putrajaya, bangunan-bangunan, serta jambatan yang dilalui sepanjang perjalanan yang memang menarik dan ada cerita yang tersendiri.


Rupa-rupanya pilot feri orang Pulau Redang...


Apa yang paling seronok adalah menikmati keindahan remang senja di tasik ini dengan persekitaran yang tenang dan damai. Cukup ramai sekali pelancong terutama pelancong asing yang berkunjung ke sini. Putrajaya kini telah menjadi 'landmark' atau mercutanda pelancongan di Malaysia umpama bergambar di Dataran Whitehouse sebagai tanda datang ke Amerika atau Washington.
Yang paling penting melihat anak-anak gembira dan puas dengan kunjungan ini.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog