Posts

Showing posts with the label rantau abang

Bulan Mac hingga September Musim Penyu Bertelur di Terengganu, Jom kita tengok

Image
  Musim bulan Mac hingga September setiap tahun adalah musim penyu bertelur di Terengganu. Mungkin tidak segah seperti di Rantau Abang sebagaimana dahulu, namun dari maklumat dan data, masih banyak lagi penyu naik bertelur di pantai Terengganu. Pantai panjang yang memutih dari dari Besut hingga ke Kemaman masih menyediakan kemudahan yang baik untuk penyu-penyu bertelur di Terengganu. Kat mana nak tengok? Hasil maklumat daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Pusat Konservasi Penyu Rantau Abang, di antara pantai yang kerap dikunjungi penyu untuk bertelur adalah: - Pantai Telaga Papan Setiu - Pantai Bukit Cakar, Paka -Pantai Ma Daerah, Kerteh, - Pantai Rantau Abang/Kuala Abang - Pantai Teluk Maknik, Kemaman Bulan Ogos merupakan antara kemuncak untuk melihat sendiri penyu bertelur dan boleh dikatakan setiap malam akan naik bertelur. Jenis Penyu Jom kita kenali jenis penyu, daripada 7 jenis spesis penyu di dunia, 4 daripadanya terdapat di Malaysia iai...

Terengganu, laut dan pulau.. inilah kehidupan rakyatnya

Image
Apabila di sebut laut, pantai dan pulau, ia amat sinonim dengan Terengganu Darul Iman, Negeri yang cantik dan mempunyai segalanya. Ia adalah negeri yang bertuah dan mempunyai banyak sekali produk dan potensi pelancongan. Apabila di sebut penyu, ia sememangnya melambangkan Terengganu di mana suatu ketika dahulu Rantau Abang adalah destinasi dunia untuk melihat penyu. Sebenarnya pendaratan penyu adalah disepanjang pantai Terengganu termasuk pulau-pulau. Hingga hari ini ia masih menjadi tarikan dan kini pelancong boleh mengunjungi Pantai Teluk Maknik atau 'Monica Bay' di Kemaman yang sentiasa mencatatkan lebih 2000 pendaratan penyu sepanjang tahun. Program pemuliharaan penyu sememangnya giat dan sentiasa dalam pemantauan bagi memastikan ianya terus mendapat perlindungan yang sewajarnya. Berjuta juta telur penyu telah diramkan dibawah program pemuliharaan dan jumlah pelepasan anak penyu juga tinggi. Namun cabaran penyu yang merantau ke seluruh pelusuk dunia agar sukar u...

13,000 pelawat kunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu

Image
perkongsian berita dari TEGANU KITA 25 December 2011 13,000 pelawat kunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Oleh FAUZI MOHD Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, hamper 13,000 pelawat mengunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di Dungun. Pengarah Jabatan Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata daripada jumlah itu, 11,799 orang adalah pelawat dalam negara manakala bakinya dari luar. "Setiap pelawat yang datang ke situ dapat melihat pemeran tuntung hidup di samping diberi penerangan mengenai hidupan penyu," katanya baru-baru ini. Katanya sesetengah pelawat itu turut dibawa bermalam di pusat penetasan penyu di Ma', Kerteh. Terengganu mempunyai 11 pusat penetasan penyu yang dikendalikan pelbagai pihak termasuk Jabatan perikanan, badan bukan kerajaan dan Dana Hidupan Liar Sedunia Malaysia. Zakaria berkata bagi pusat penetasan yang dikendalikan Jabatan Perikanan, telur penyu yang dierami itu diperolehi di kawasan re...

Pengunjung blog