Terengganu, laut dan pulau.. inilah kehidupan rakyatnya



Apabila di sebut laut, pantai dan pulau, ia amat sinonim dengan Terengganu Darul Iman, Negeri yang cantik dan mempunyai segalanya. Ia adalah negeri yang bertuah dan mempunyai banyak sekali produk dan potensi pelancongan.



Apabila di sebut penyu, ia sememangnya melambangkan Terengganu di mana suatu ketika dahulu Rantau Abang adalah destinasi dunia untuk melihat penyu. Sebenarnya pendaratan penyu adalah disepanjang pantai Terengganu termasuk pulau-pulau. Hingga hari ini ia masih menjadi tarikan dan kini pelancong boleh mengunjungi Pantai Teluk Maknik atau 'Monica Bay' di Kemaman yang sentiasa mencatatkan lebih 2000 pendaratan penyu sepanjang tahun.

Program pemuliharaan penyu sememangnya giat dan sentiasa dalam pemantauan bagi memastikan ianya terus mendapat perlindungan yang sewajarnya. Berjuta juta telur penyu telah diramkan dibawah program pemuliharaan dan jumlah pelepasan anak penyu juga tinggi. Namun cabaran penyu yang merantau ke seluruh pelusuk dunia agar sukar untuk diukur kelangsungan hidupnya keana cabaran di lauan amatlah besar dan tidak kita ketahui. Kesannya berlaku penurunan pendaratan penyu dari tahun ke setahun.

Usaha pemuliharaan penyu adalah usaha sejagat dan melibatkan semua. Namun akhir-akhir ini berlaku sedikit peningkatan pendaratan penyu. Mungkin kesedaran penjagaan alam sekitar dan usaha ingin melihat penyu telah membawa kepada kesan positif. Apapun penyu dan Terengganu adalah sinonim.


Kehidupan nelayan juga adalah antara nadi hidup rakyat Terengganu dan ianya melambangkan sebahagian besar budaya, warisan dan kehidupan rakyat Terengganu.

Pelbagai corak hidup warga nelayan dapat disaksikan di sepanjang pantai Terengganu yang hampir 1000 km panjangnya dari Kemaman sampai ke Besut. Dengan hasil laut seperti keropok, ikan masin, ikan bilis, belacan, budu, otak-otak, satar malah kepada hasil laut sendiri tentunya ia penting kepada sumber makanan rakyat Malaysia.




Terengganu sememangnya unik, menarik  dan berbudaya. Jom datang ke Terengganu dan saksikan sendiri dunia kehidupan rakyatnya. Ia masih kekal tradisi.

admin: terima kasih Azizi Embong di atas gambar-gambar yang cantik

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog