Promosi RM99 dua malam Mybha Malaysia sempena MATTA FAIR 2015 dan MAHA 2015
Seminggu dua ini admin begitu sibuk sekali, sehingga belum sempat untuk update blog sejak Hari Raya baru-baru ini. Pelbagai program dan mesyuarat serta tuntutan tugas terpaksa di penuhi. Hampir kesemuanya penting terutama dalam memastikan pelancongan di Negeri Terengganu dan yang pastinya Daerah Setiu bertambah baik dan maju dari semasa ke semasa. Bermula dengan Mesysuarat Persediaan Pakej Khas Negeri Terengganu 2015 di SUK bagi membincangkan pakej-pakej menarik untuk diketengahkan oleh Terengganu pada tahun 2015 yang meliputi Warisan, Sejarah Ulama Terengganu serta keunikan Makanan Terengganu selain pakej-pakej Pulau serta Kenyir yang sememang popular dan terkenal. Seterusnya menghadiri Mesyuarat Hotel Budget Malaysia di Kuala Lumpur bagi persediaan pakej menarik yang akan mengetengahkan Mybha Malaysia di mata pelancongan Malaysia. Hasil sepakat, maka Promosi RM99.00 untuk dua malam di mana-mana hotel budget seluruh Malaysia ( Yang menyertai Promosi ini) diharap akan memberi...