Promosi RM99 dua malam Mybha Malaysia sempena MATTA FAIR 2015 dan MAHA 2015


Seminggu dua ini admin begitu sibuk sekali, sehingga belum sempat untuk update blog sejak Hari Raya baru-baru ini. Pelbagai program dan mesyuarat serta tuntutan tugas terpaksa di penuhi. Hampir kesemuanya penting terutama dalam memastikan pelancongan di Negeri Terengganu dan yang pastinya Daerah Setiu bertambah baik dan maju dari semasa ke semasa.

Bermula dengan Mesysuarat Persediaan Pakej Khas Negeri Terengganu 2015 di SUK bagi membincangkan pakej-pakej menarik untuk diketengahkan oleh Terengganu pada tahun 2015 yang meliputi Warisan, Sejarah Ulama Terengganu serta keunikan Makanan Terengganu selain pakej-pakej Pulau serta Kenyir yang sememang popular dan terkenal.


Seterusnya menghadiri Mesyuarat Hotel Budget Malaysia di Kuala Lumpur bagi persediaan pakej menarik yang akan mengetengahkan Mybha Malaysia di mata pelancongan Malaysia. Hasil sepakat, maka Promosi RM99.00 untuk dua malam di mana-mana hotel budget seluruh Malaysia ( Yang menyertai Promosi ini) diharap akan memberi impak baru dalam menonjolkan keunikan Hotel Budget di Malaysia melalui Mybha.Promosi ini boleh didapati semasa Matta Fair di PWTC pada 5 hingga 7 September 2014 ini. Bagi yang berminat boleh serbu Gerai Mybha bagi mendapatkan baucer istimewa ini yang sah sehingga hujung tahun 2015. Memang murah dan menarik.



Mesyuarat Persediaan Pameran MAHA 2015 bagi Gerai Negeri Terengganu juga melibatkan Agrotourism di mana Peladang Setiu AGro Resort, Setiu, Terengganu dan Pusat Santuari Ikan Sg Pelong, Setiu Terengganu akan ditonjolkan dalam pameran itu nanti. MAHA 2015 yang akan berlangsung pada hujung November 2015 merupakan antara Pameran dan ekspo yang terbesar di Malaysia yang sememangnya mendapat perhatian ramai.

Di daerah Setiu pula, admin turut djemput dalam Bengkel Majlis Perundingan Rakyat Daeah Setiu bagi 'brainstorming' pembangunan meliputi beberapa sektor penting untuk dibawa kepada Menteri Besar Terengganu meliputi sektor ekonomi, pendidikan, agama, belia dan sosial. Banyak sekali cadangan bernas ditampilkan di sini. Bagi admin apa yang menarik dalam sesi perbincangan kumpulan, sebahagian besar pemimpin masyarakat daerah Setiu kurang sedar dan tahu tentang produk pelancongan di daerah sendiri dan apatah lagi potensi untuk membangunkannya. Ini kerana sektor pelancongan adalah antara penjana ekonomi yang hebat yang boleh memberi impak kepada ramai orang termasuk penjual di tepi jalan, penjual kuih dan sebagainya.

Membangunkan kemudahan asas yang baik di tempat-tempat yang berpotensi menjadi tarikan pelancong akan mebawa kepada impak ekonomi kepada masyarakat setempat. Jadi kita perlu merancang daripada sekarang untuk membawa produk daerah Setiu ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Secara asasnya, jika ramai daripada kita sama-sama memikirkan apa yang patut dibuat demi membangunkan ekonomi setempat, insyalah kita akan lihat hasilnya di masa hadapan. Tindakan hari ini akan memberi hasil di masa hadapan.

Terengganu adalah antara negeri unik yang mempunyai begitu banyak sekali produk pelancongan di seluruh pelosok negeri tetapi ia masih tersembunyi bagai anak dara, kata orang Terengganu 'susuk dalam rok'.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog