Posts

Showing posts with the label sk lembah jaya

Foto Segmen: Langit Indah di Lembah Jaya, Setiu, Terengganu

Image
Memang indah fenomena langit ini Ini adalah gambar yang sempat dirakam semasa menghantar anak ke sekolah di waktu pagi di SK Lembah Jaya, Setiu, Terengganu. Tak rugi menjengok ke langit dan menikmati keindahan dan kebesaran ciptaan ilahi. matahari baru nak menjengah dunia pagi Hati puas dan tenang memehatikan keunikan fenomena langit. Setiap hari langit berubah dan sentiasa berubah samada kita sedar atau tidak.

Foto segmen: Sinar Pagi di Lembah Jaya, Setiu, Terengganu

Image
Cuaca pada waktu pagi semasa menghantar anak ke sekolah cukup menarik dengan sinaran matahari yang baru menjelma di balik awan pagi. Dengan kamera yang selalu menemani di sisi, blogger tidak melepaskan peluang merakam detik menarik ini

Hari ke 3 tahun 2012 persekolahan anak-anak- macam-macam ragam

Image
Ragam di Tadika yayasan Islam Putera Jaya Hari ini sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Rupa-rupanya sudah empat orang menjejaki alam persekolahan. Yang sulung sudah ke darjah 5, yang kedua darjah 3, yang ketiga darjah 1 dan yang kempat memasuki Tadika Yayasan Islam. darjah Satu di SK Lembah Jaya, Setiu, Terengganu Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Cuma hari ini bagi ujian kecil anak-anak menguruskan kewangan belanja sekolah. Hasilnya yang darjah satu, bagi RM5.. semua dibelanjanya habis. Yang abang-abang masih berbaki RM2 setiap seorang. Esok nampaknya kena ubah plan agar mereka dapat berhemah dalam berbelanja. Kena ada planning. Yang masuk tadika, alhamdulillah cepat menyesuaikan diri hasil asuhan di taska. Semoga dapat menikmati pelajaran seenak-enaknya. nanti gambar-gabar hari pertama persekolahan akan dimuat naik. macam-macam ragam kanak-kanak berusia 5 tahun yang kena tunggu pun ada Add caption

Pengunjung blog