Hari ke 3 tahun 2012 persekolahan anak-anak- macam-macam ragam


Ragam di Tadika yayasan Islam Putera Jaya
Hari ini sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Rupa-rupanya sudah empat orang menjejaki alam persekolahan.

Yang sulung sudah ke darjah 5, yang kedua darjah 3, yang ketiga darjah 1 dan yang kempat memasuki Tadika Yayasan Islam.
darjah Satu di SK Lembah Jaya, Setiu, Terengganu
Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Cuma hari ini bagi ujian kecil anak-anak menguruskan kewangan belanja sekolah. Hasilnya yang darjah satu, bagi RM5.. semua dibelanjanya habis. Yang abang-abang masih berbaki RM2 setiap seorang. Esok nampaknya kena ubah plan agar mereka dapat berhemah dalam berbelanja. Kena ada planning.
Yang masuk tadika, alhamdulillah cepat menyesuaikan diri hasil asuhan di taska. Semoga dapat menikmati pelajaran seenak-enaknya.

nanti gambar-gabar hari pertama persekolahan akan dimuat naik.

macam-macam ragam kanak-kanak berusia 5 tahun
yang kena tunggu pun ada
Add caption

Comments

admin said…
Di antara sebab blogger memilih Tadika Yayasan Islam Terengganu bagi persekolahan pra sekolah adalah kerana program pinta Qurannya yang mendidik kanak-kanak khatam al Quran seawal 5btahun dan hafazan Yasin serta program berkaitan.
Ketiga-tiga anak blogger sebelum ini yang bersekolah di Tadika YIT telah khatam Quran dan menghafak Yasin seawal umur 5 dan 6 tahun. Di harap legasi ini berterusan.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog