Posts

Showing posts with the label sotong celup tepung

Layan ICT Terengganu ada WIFI ke?.. tak payah bawa laptop, hanya bawa wallet dan smartphone untuk ambil gambar.. di Kg Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu

Image
Layan ICT petang ni kat Kg Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu bersama pegawai MOA, MADA serta Pertanian Sarawak. Ada pegawai dari Sarawak yang bersama admin tadi tanya, nak buat apa kat sana, ada wifi ke??? Haha itulah kehebatan Terengganu, ICT Terengganu tak payah pakai WIFI, tak payah bawa laptop, bawa wallet dah cukup dah hanya bawa smartphone, itupun untuk ambil gambar je. Bila dah sampai dan diterangkan inilah ICT sebenar di Terengganu, barulah tersenyum. Seronok mereka menikmati hasil laut yang segar di sini. Apa yang best adalah telur sotong celup tepung dan juga satar goreng, selain ikan, sotong dan udang celup tepung.  #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Warung ICT Rhu Sepuluh. Setiu... juallah dengan harga berpatutan.. insyalah rezeki bertambah.

Image
Sotong dan ikan celop tepung memang sohor di Pantai Rhu 10, Setiu, Terengganu Entry kali ini blogger akan membawa pembaca ke Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu. Di sini memang terkenal dengan 'ICT' atau bahasa Terengganu , 'Ikan celup tepung' dan segala jenis celup tepung samada sotong, udang, ikan dan sebagainya. Cicah colek pulak memang sedap Terletak berhampiran pantai Rhu 10 yang indah sememangnya suasana makan di sini nyaman dan santai sekali. Ia sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu atau sebaliknya. Terdapat banyak gerai-gerai sepanjang pantai ini yang menyajikan pelbagai pilihan kepada pengunjung. Sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang melalui jalan pantai Cuma apa yang menjadi harapan blogger kepada pengusaha gerai atau warung di sini, janganlah , menjual dengan harga yang 'terik' atau tinggi, biarlah berpadanan dan berpatutan.Biarlah harga yang berpatutan, insyallah pengunjung ...

Pengunjung blog