Posts

Showing posts with the label tarikan

Pusat Konsrvasi Hiduan Liar (tuntung) Kg Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Image
  Pusat Konservasi Hidupan Liar (tuntung) di Kg Dusun Hulu Terengganu di antara destinasi yang patut diketengahkan agar masyarakat lebih mengenali spesis terancam ini dan sama sama menjaga kelestarian habitat . Kata orang tak kenal maka tak cinta. Di sini bukan sahaja anda dapat mengenali habitat tuntung malah beberapa lagi spesis kura- kura yang agak sukar dilihat kini di sini malah saiz juga besar dan mengagumkan. Peranan tempat ini amat penting bagi memastikan spesis ini terus membiak dan habitatnya terpelihara malah kehidupan di habitat asal juga terjaga dan selamat. Jika ada peluang, bawalah anak anak dekati hidupan alam ini dan mereka bakal menjadi generasi yang menjaga hidupan ini di masa sekarang dan masa depan. #pusatkonservasi #tuntung #kurakura #huluterengganu #kgdusun

Luncur Air Terpanjang di Dunia..kini di Taman Tema Escape, Teluk Bahang, Pulau Pinang

Image
Georgetown: Taman Tema Escape, Teluk Bahang, dekat sini, membina luncur air sepanjang satu kilometer (km) menjelang akhir 2018, menjadikan ia sebagai yang terpanjang di dunia. Pengasas Taman Tema Escape dan Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure Group, Sim Choo Kheng berkata, projek fasa ketiga di bahagian permainan graviti ( Gravityplay ) itu bakal didirikan di tapak seluas 2.8328 hektar dan menghubungkan kedua-dua bahagian taman tema iaitu  Adventure Play  dan  Waterplay. Beliau berkata, luncur air berkenaan dibina di topografi semulajadi apabila pengunjung berpeluang menikmati kehijauan hutan sepanjang peluncuran. “Reka bentuk luncur air itu siap dan hanya menunggu kerja pembinaan dalam masa terdekat serta tidak membabitkan kemusnahan pokok di kawasan itu. “Dijangka  Escape Waterplay  ini menarik 350,000 pengunjung dalam masa setahun,” katanya pada Majlis Pembukaan Taman Tema Escape Waterplay yang dirasmikan Ketua Menteri Lim Guan Eng, di sini, kelma...

Tarikan Rumah Atas Pokok di Costa Rica

Image
Komuniti rumah atas pokok di Finca Bellavista di Costa Rica. Sememangnya ia menarik dan memberi kelainan kepada mereka yang ingin merasai sesuatu yang berbeza. Bagaimana dengan negara kita yang kaya dengan khazanah hutan tropika serta mempunyai kelebihan yang sama. Mungkin suatu hari nanti ia juga akan ada di Malaysia dengan sesuatu yang menarik, berbeza dan unik?

Pengunjung blog