iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 18 December 2017

Luncur Air Terpanjang di Dunia..kini di Taman Tema Escape, Teluk Bahang, Pulau Pinang



Georgetown: Taman Tema Escape, Teluk Bahang, dekat sini, membina luncur air sepanjang satu kilometer (km) menjelang akhir 2018, menjadikan ia sebagai yang terpanjang di dunia.
Pengasas Taman Tema Escape dan Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure Group, Sim Choo Kheng berkata, projek fasa ketiga di bahagian permainan graviti (Gravityplay) itu bakal didirikan di tapak seluas 2.8328 hektar dan menghubungkan kedua-dua bahagian taman tema iaitu Adventure Play dan Waterplay.
Beliau berkata, luncur air berkenaan dibina di topografi semulajadi apabila pengunjung berpeluang menikmati kehijauan hutan sepanjang peluncuran.
“Reka bentuk luncur air itu siap dan hanya menunggu kerja pembinaan dalam masa terdekat serta tidak membabitkan kemusnahan pokok di kawasan itu.
“Dijangka Escape Waterplay ini menarik 350,000 pengunjung dalam masa setahun,” katanya pada Majlis Pembukaan Taman Tema Escape Waterplay yang dirasmikan Ketua Menteri Lim Guan Eng, di sini, kelmarin.
Taman tema air pertama di Pulau Pinang itu menjadi projek fasa kedua Escape dan dibuka kepada orang ramai sejak November lalu di atas tanah seluas 4.45154 hektar.
Mempunyai 20 tarikan permainan air, Escape Waterplay juga mempunyai platform papan anjal setinggi 25 meter dan beberapa lagi tarikan yang menguji keberanian.
Antaranya ialah lingkaran terowong air Tubby TunnelBanana Flip yang pertama di dunia, Speed RacerWaveball pertama di Asia selain Play House bagi kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Sumber: Harian Metro Online

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog