Posts

Showing posts with the label tionghua

Legasi 300 tahun - Warisan unik penempatan minoriti Tionghua

Image
LORONG pejalan kaki dengan hiasan tulisan Cina. KAWASAN Kampung Cina yang pernah menjadi pusat perdagangan dan perniagaan antarabangsa terpenting di rantau ini pada abad ke-18 masih menyimpan pelbagai warisan bersejarah termasuk deretan bangunan tua yang berseni. Kampung Cina yang didiami penduduk berketurunan Cina sejak hampir 300 tahun lalu itu juga mempunyai sebuah perigi yang dipercayai tertua di Terengganu. Keistimewaan perigi ini bukan sahaja kerana usianya, namun dikatakan pernah berjasa kepada penduduk setempat serta membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga di situ. Perigi itu juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana airnya didakwa tidak pernah kering malah masih digunakan sehingga kini. Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Terengganu yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Ir. Wong Foon Meng berkata, pihaknya menyokong jika ada sebarang cadangan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai salah satu tapak warisan dunia di negara ini. KAMPUNG Cina...

Jadikan Kampung Fikri tumpuan Pelancong-Mohd Jidin

Image
Cantik..peserta melepaskan tanglung ke udara. SETIU: Kampung Fikri , di sini, bakal menjadi tumpuan pelancong apabila kerajaan negeri bersetuju membangunkan satu tempat di kampung itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti permainan tradisi rakyat kaum Cina Tiong Hoa dan Siam. Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Mohd Jidin Shafee , berkata pihaknya bersedia membantu dari pelbagai aspek untuk memajukan pelancongan di kampung itu termasuklah menguruskan kemasukan pelancong luar. Mohd Jidin(baju batik), Che Zulkifli(baju merah) hadir meriahkan pesta tanglung. “Kalau boleh mulai tahun ini kita buat satu permainan tradisi. Kalau pelancong datang kita akan beritahu mereka, ini kebudayaan kaum Tiong Hoa dan ini kebudayaan Siam. Ini makanan tradisional Tiong Hoa , ini makanan tradisi Siam. Di sini juga terdapat beberapa tempat sejarah kita akan beritahu pelancong. “Kita akan uruskan kedatangan pelancong ke tempat ini dengan menaiki bot dari Penarik,” katanya ket...

Pengunjung blog