Posts

Showing posts from January, 2011

Sempat Menyinggah di LA Hot Spring, Besut

Image
Cuti sekolah baru-baru ini, blogger sempat membawa anak-anak dan anak saudara untuk mandi manda di LA Hot Spring @ Kolam Air panas LA, Besut, Terengganu. Anak-anak cukup gembira jika dibawa ke sini. Tiba saja di sana kelihatan ramai juga pengunjung telah da sedang seronok berkelah. Airnya cukup sejuk namun keseronokan untuk mandi juga kuat. Apa yang menggembirakan hati blogger adalah air sungainya sentiasa jernih, bersih dan terjaga. Di harap ianya berterusan untuk generasi akan datang. Terdapat juga pembinaan chalet baru berhampiran tempat letak kenderaan. Di kawasan kolam air panas terdapat ramai juga pengunjung yang merendam kaki dan badan sekali. Memang terasa hangatnya air panas di sini. Di katakan ianya amat baik dan bagus sekali bagi perjalanan darah serta mengaktifkan saraf-saraf dan urat-urat terutama di kawasan refleksi kaki. Bagi mereka yang diluar Terengganu, ia terletak di daerah Besut. Bagi mereka dari Kuala Terengganu, boleh ke sana melalui simpang Jabi -Pas...

Pasukan Terengganu Liga Super di Setiu, Terengganu

Image
Jurulatih Terengganu Irfan Bakti sedang memberi arahan kepada pemain Pada 20 Januari 2011 baru-baru ini, pasukan Liga Super Terengganu telah berkunjung ke Setiu bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pilihan Setiu di SMK Saujana, Setiu. Pasukan yang dibimbing oleh Irfan Bakti ini sememangnya mempamerkan aksi yang hebat dan mantap bagi persediaan menghadapi Liga Super yang akan bermula tidak lama lagi. Perlawanan ini bolehlah dianggap perlawanan pemanas badan dan mencuba formasi  serta set piece pemain disamping dapat bermesra dengan peminat bolasepak di Setiu. Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Setiu, Encik Marzuki Sulong atau lebih mesra di panggil Cikgu Zuki, ia adalah satu peluang bagi peminat bolasepak di Setiu untuk mengenali pemain Liga Super Terengganu dengan lebih dekat yang dibarisi pemain kebangsaan seperti penjaga gol Sharbini Alawee, Ashaari Shamsuddin, Marzuki Yusof serta pemain muda berbakat lain seperti Alif Najmi, Manaf Mamat dan juga bakat muda ...

Makan Nasi Asam Pedas ikan Baung Kuala Brang... Fuhh

Image
asam pedas ikan baung, budu, air asam, ikan talapian bakar, ikan tawar serta sayur lemak pucuk paku Kali ini blogger ingin berkongsi pengalaman makan nasi tengahari, orang Terengganu kata ' Lunch' di Kg Gaung Kuala Brang. Lokasinya bersebelahan dengan gerai-gerai yang menjual jagung dan kacang. memang menyelerakan Menu istimewa yang dijual disini adalah Asam Pedas Ikan Baung, Ikan Patin serta ulam-ulaman serta budu. Juga sayuran tradisional seperti pucuk paku, pucuk midin, bunga kunyit dan dicecah dengan ikan tawar serta talapian bakar. ulam daun gedebe lembu Licin, sampai ke tulang di mamah Apa yang pasti nasi sepinggan bagaikan sejemput. Tak cukup la tu. Resepi masakan memang masakan tradisional orang tua lama.  Ada lagi yang istimewa iaitu air samada nak rasa Jus asli dan segar daun Gedebe Lembu atau Pegaga atau halia. Rasa keasliannya sungguh jitu sekali. Pernah juga blogger dengar ada tamu dari Kuala Lumpur, turun di airport Kuala Terengganu ter...

Pengunjung blog