Posts

Showing posts from April, 2011

Sejarah Daerah Setiu

Image
Setiu merupakan salah satu daerah di negeri Terengganu . Jumlah penduduk di daerah Setiu ialah seramai 54,883 orang (1998).   Sejarah Setiu adalah nama seorang Pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1870an. Ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka . Antara mereka adalah seorang Pahlawan bernama Tok Setiu. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain dari kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II ia itu Sultan Terengganu yang ke-10 ( 1875 - 1881). Dengan persetujuan Sultan Ahmad II beliau membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut suatu kawasan. Berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak To...

Penunggang motor putus pinggang di Rhu Sepuluh dalam kemalangan maut

Petang semalam, berjalan sambil bersiar-siar bersama keluarga di Pantai Peranginan Rhu 10. Kelihatan ramai sekali keluarga bersama anak-anak bermain di taman permainan di sini. Hampir jam 7.00 petang terdengar di telinga dari mulut sipenjual di sini mengatakan ada kemalangan yang melibatkan motosikal dan van telah terjadi berhampiran Kem Bari. Untuk memuaskan hati, blogger bersama-sama anak-anak meninjau ke kawasan kemalangan dan memang pasti kemalangan baru terjadi di mana terdapat sekujur tubuh telah terbaring di jalan raya dengan dilitupi dengan kertas surat khabar. Khabarnya mayat penunggang motosikal putus di pinggang. Tidak jauh daripada tempat kejadian terdapat sebuah van putih usang yang dikatakan terlibat sama dalam kemalangan. Melihatkan keadaan van, blogger membuat kesimpulan, yang memandu laju adalah motor. Ini kerana kawasan berkenaan pada setiap petang hujung minggu terkenal menjadi tempat berkumpul anak-anak muda menunjukkan aksi berani memandu secara berbahaya. Pen...

Projek Cili Fertigasi di Agro Resort, berbudi pada bumi berhasil

Image
Pokok cili yang baru mengeluarkan hasil Ini adalah Projek Cili Fertigasi yang sedang dilaksanakan di Agro resort. Sebanyak 800 polibeg telah ditanam dengan cili jenis Kulai. Tempoh masa perlaksanaan adalah lebih kurang 3-4 bulan dan menunggu masa untuyk dituai. Jangkaan hasil adalah sebanyak 4kg/pokok dan anggaran harga purata adalah RM5.00/kg bagi harga borong. secara kasarnya setiap pusingan projek ini akan menjana pendapatan sebanyak RM15,000 hingga RM18,000 sepusingan. Untuk maklumat lanjut untuk khidmat nasihat atau ingin mencuba sendiri boleh berhubung dengan Bahagian Fertigasi di Agro Resort di talian 09-6902240. Ia dilaksanakan secara fertigasi Inilah pokok-pokok cili yang sedang membesar berusia 2 bulan Berusia 2 bulan sudah mula berbuah

Terengganu My Heritage: Lepak dan sambil minum di Jerteh Kopitiam

Terengganu My Heritage: Lepak dan sambil minum di Jerteh Kopitiam : "Anakanda bersama dengan Ice Cream mix fruit Hari itu blogger dan anak-anak ke Jerteh sambil menguruskan satu dua urusan di sana. Ada..."

Lepak dan sambil minum di Jerteh Kopitiam

Image
Anakanda bersama dengan Ice Cream mix fruit  Hari itu blogger dan anak-anak ke Jerteh sambil menguruskan satu dua urusan di sana. Ada permintaan dari anak-anak nak makan aiskrim.  Blogger singgah di Jerteh Kopitiam dan anak-anak mula memilih menu mereka. Pilihan utama pastinya aiskrim. Maka terhidanglah aiskrim dengan mix fruit, banana split serta fried banana with ice cream. Blogger pula memilih Lychee kang. Untuk makan pula blogger mencuba Asam Laksa yang seakan-akan laksa Penang. suasana di sini yang selesa dan tenang menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan pelanggan walaupun kedudukan kedai sedikit tersorok. Namun bagi pelanggan yang sudah biasa, ia bukan satu masalah untuk mencari kopitiam ini. Yang ini pula bersama Banana Split... Antara Dessert yang paling best iaitu Fried Banana with Ice Cream

Terengganu My Heritage: Sejarah Batu Bersurat

Terengganu My Heritage: Sejarah Batu Bersurat : "Batu Bersurat Terengganu dikatakan mula ditemui pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kg Buluh, Kuala Berang, Hulu Teren..."

Sejarah Batu Bersurat

Batu Bersurat Terengganu dikatakan mula ditemui pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kg Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian ianya dijumpai pula pada 1902 oleh Sayed Husain ghulam Al Bukhari, seorang ahli perniagaan di tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan batu alas kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Sayed Husain telah meminta bantuan Penghulu Ali dan orang kampung untuk mengangkat dan meletakkan batu tersebut di atas rakit untuk di bawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, ia dipersembahkan ke Bawah duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudiannya batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri. Pada 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun iaitu N Suzuki mengambil gambar dan gambar itu di hantar kepada C.O Blegden untuk dibuat pembacaan. aa Hasilnya didapati batu itu ditulis dalam Bahasa Melayu Jawi tua yang bertarikh 702 hijrah. Dan kajian terkini telah ...

Pengunjung blog