Sejarah Batu Bersurat

Batu Bersurat Terengganu dikatakan mula ditemui pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kg Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian ianya dijumpai pula pada 1902 oleh Sayed Husain ghulam Al Bukhari, seorang ahli perniagaan di tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan batu alas kaki untuk naik ke tangga surau tersebut.

Sayed Husain telah meminta bantuan Penghulu Ali dan orang kampung untuk mengangkat dan meletakkan batu tersebut di atas rakit untuk di bawa ke Kuala Terengganu.

Sampai di Kuala Terengganu, ia dipersembahkan ke Bawah duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudiannya batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri.

Pada 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun iaitu N Suzuki mengambil gambar dan gambar itu di hantar kepada C.O Blegden untuk dibuat pembacaan.
aa
Hasilnya didapati batu itu ditulis dalam Bahasa Melayu Jawi tua yang bertarikh 702 hijrah. Dan kajian terkini telah menunjukkan bahawa tarikh tepat batu itu ditulis atau dimasyurkan ialah pada 4 Rejab hari jumaat 702 Hijrah bersamaan 22 februari 1303 Masihi.

Tulisan pada batu itu telah menerangkan  bahawa Islam adalah agam yang telah diamalkan dengan utuh sekali dan jelas ditulis hukum-hukum dan perundangan Islam telah diwartakan pada masa tersebut. Ia juga telah menunjukkan bahawa sistem organisasi dan pemerintahan pada masa tersebut juga lengkap dan tersusun dan satu tamadun yang hebat serta pusat keilmuan telah wujud pada masa tersebut.

Pada 1923, batu itu telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Setelah Muzium Negara di Kuala Lumpur siap di bina ia telah dipinjamkan ke sana dari Muzium Raffles Singapura. Pada 12 Februari 1987, telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Dan pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat di pulangkan kepada Kerajaan Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi, satu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat telah di adakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan kepada Menteri Besar Terengganu Y.A.B Dato' seri Amar Di Raja Tan Sri Wan Mokhtar Bin Ahmad.
 Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang tgerawal dijumpai di Semenanjung Malaysia yang berkaitan dengan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-udang Islam.

Comments

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog