Kari Kepala Ikan Sg Tarom Setiu.. memang sedap... terangkat
Kari Kepala Ikan Merah... mengancam Kali ini blogger ingin berkongsi tentang tempat makan yang enak di Setiu. Destinasi kali ini adalah Warung Kari Kepala Ikan di Sungai Tarom, Setiu . Ia terletak berhadapan dengan padang bola Sungai Tarom Setiu. Jika anda dari Kuala Terengganu adalah selepas Hospital Setiu dan jika anda dari Jerteh atau Kota Bharu adalah selepas melalui Bandar Permaisuri. Kari Kepala Ikan di sini adalah dari kepala ikan tenggiri atau ikan merah. Blogger telah memilih kepala ikan merah. Memang besar kepalanya kira-kira dekat 1 kg. Dan rasanya memang enak di makan bersama nasi panas bersama acar jelatah dan papadom. Makan dengan nasi panas .. menyelerakan Kari kepala ikan yang dimasak bersama terung serta kacang bendi memang sedap dan menyelerakan. Penangan kepala ikan ini memang hebat. Harga bagi kepala ikan besar bersama 2 nasi putih bersama acar dan papadom serta air adalah RM35.00. Jika dibandingkan dengan harga ikan yang mahal sekarang ia di kira berpatu...