Posts

Showing posts from April, 2012

Majlis Makan Malam MBHA di Port Dickson

Image
Malam ini blogger menghadiri Majlis Makan Malam MBHA di Hotel Seri Malaysia Port Dikson, Negeri Sembilan bersama bos blogger. Sejak daripada zaman kanak-kanak tak pernah datang ke Port Dickson. Kira ini peluang yang baik untuk mengenali dengan lebik banyak tentang Port Dickson masa kini.. Majlis bermula jam 9.00 malam dihadiri dan dirasmikan oleh Datuk Ahmad Maslam, Timbalan Menteri di Jabtan Perdana Menteri. Turut hadir adalah Presiden MBHA Datuk Dr Nasir serta Penasihat MBHA Tuan Syed Nasharuddin serta barisan exco dan ahli-ahli dari seluruh negara. Dalam ucapan aluan presiden, Datuk Dr Nasir telah mengutarakan permasalahan yang dihadapi oleh MBHA untuk mendapat sokongan dan kerjasama dan bantuan yang sewajarnya demi ut meraih kepentingan persatuan serta ahli. Presiden Dato Dr Nair Haji Hamzah Antara masalah yang diketengahkan dalam ucapan beliau adalah, mengenai masalah kutipan royalti oleh PRISM yang kini belum berkesudahan dan tiada kata putus dan kes ini ju...

TEBU MOUNTAIN CHALLENGE 2012, 18 hingga 19 Mei 2012

Image
Persatuan Pemandu Pelancong ALam Semulajadi Terengganu (TENAGA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan TEBU MOUNTAIN CHALLENGE 2012 pada 18 hingga 19 Mei 2012. Sebanyak RM30,700 hadiah wang tunai di sediakan kepada peserta ganjaran hadiah wang keseluruhan dengan 5 kategori di pertandingkan iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita 18 hingga 44 tahun, Master Lelaki dan Wanita 44 tahun dan ke atas, serta kategori pelajar 13 hingga 20 tahun. Hadiah akan diberi bagi tempat pertama hingga ke sepuluh bagi setiap kategori. Kejohanan dan cabaran yang bertempat di Hutan Lipur Lata Belantan, Besut, Terengganu atau kaki bukit Gunung Tebu ini pasti menjanjikan cabaran yang menarik bagi penggemar sukan dan aktiviti lasak. Orang ramai yang berminat dijemput menyertai dan memeriahkan acara tersebut dan maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan sekretariat atau urusetia kejohanan TMC 2012 di talian 012-9297837 dan 019-9178000 untuk maklumat lanjut. Bagi mendapatka...

Foto segmen: Sinar Pagi di Lembah Jaya, Setiu, Terengganu

Image
Cuaca pada waktu pagi semasa menghantar anak ke sekolah cukup menarik dengan sinaran matahari yang baru menjelma di balik awan pagi. Dengan kamera yang selalu menemani di sisi, blogger tidak melepaskan peluang merakam detik menarik ini

Advertorial: www.talktalk2u.com transformasi dalam telekomunikasi

Image
Bagi mereka yang tiada pengalaman dan tiada wang yang banyak maka pilihan ketiga adalah yang paling logik! Ini kerana perniagaan pemasaran rangkaian boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, tanpa sebarang pengalaman perniagaan dan modal permulaannya pula adalah rendah. Ramai yang takut dan skeptikal terhadap perniagaan pemasaran rangkaian ini tetapi jangan lupa, model perniagaan ini telah lama digunakan oleh pelbagai syarikat multinasional seperti AT&T, Colgate, Microsoft, AOL, Citibank, IBM, Xerox dan banyak lagi. Ramai peniaga bertaraf jutawan besar seperti Warren Buffet, Donald Trump, Robert Kiyosaki, Richard Branson dan ramai lagi amat meyakini konsep perniagaan ini. Jika mereka yang telah berjaya yakin dengan model perniagaan ini, kenapa tidak ANDA? Kenapa ikon-ikon peniagaan besar yakin dengan perniagaan pemasaran dan terdapat juga pelbagai syarikat berlumba-lumba menggunakan sistem ini? Ini adalah kerana...

Nasi Berlauk Bawah Pokok Besar Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

Image
Nasi Berlauk Ikan Aya Jika berkunjung ke Kuala Terengganu, di antara kedai atau warung yang sering menjadi pilihan blogger terutama pada waktu petang adalah Kedai Nasi Berlauk bawah pokok besar dekat Kg Tanjung. Ia terletak di simpang tiga jalan menuju ke flat Sri Kolam. Di antar kuih yang dijual di sini Di antara menu yang menjadi pilihan jika ke sini adalah Nasi Berlauk Ikan Aya. Kena pula dengan sambal belacan yang kaw dan power memang 'nyangkut'. Kena kuah lebih sikit dengan tambahan telur mata, memang 'kemah'. Selain banyak lagi pilihan lain di sini seperti nasi minyak, nasi kuning, nasi lemak dan ada yang kata Kuew Tiaw Gorent kat sini sedap. Kena petang-petang sedap nihh Pilihan kuih muih juga banyak dan bermacam-macam pilihan. Dan sememangnya diremang senja ia sentiasa menjadi pilihan untuk minum petang dan makan malam dan sentiasa bertali arus pengunjung ke sini . Walaupun kedainya hanyalah sekadar warung, ia tetap menjadi pilihan ramai.

Koleh Lemak- Kuih Tradisi Rakyat Terengganu

Image
Inilah rupa kuih KOLEH LEMAK Koleh lemak adalah antara kuih tradisi orang Terengganu yang makin sukar untuk di jumpai. Rasanya yang lemak dan enak ditambah lagi dengan keenakan sambal ikan memang sedap. Seingat blogger masa budak-budak dulu, kata mereka kuih ini sesuai untuk orang bberanak atau baru bersalin. Baru-baru ini blogger ke Pasar Pekan Batu Enam dan memang kuih koleh lemak ini sentiasa ada di jual di sini, itupun hanya ada satu saja gerai yang menjualnya. memang sedap dan enak di makan bersama sambal ikan Dengan harga RM1 sebungkus ia masih murah dan berbaloi untuk dibeli.

Terima Kunjungan Pengembara Solo Dunia, Khairul Mushaddaq ke Setiu

Image
Bersama En Khairul Pengembara Solo Berjalan Kaki yang dalam misi mengelilingi dunia Semalam lebih kurang jam 4.00 petang blogger telah menerima panggilan tentang ada seorang Pengembara Secara Solo yang sedang dalam misi berjalan kaki mengelilingi dunia akan singgah ke Setiu dan akan singgah ke Agro Resort. Bergambar kenangan di Agro Resort, Setiu, Terengganu Turut bersama dengan En Khairul- Pengembara Solo adalah Encik Sharul, pegawai JASA DUN Jabi dan blogger Saudara Khairul Mushaddaq Bin Mohd Yusa yang berasal dari Johor Bharu telah memulakan perjalanan sejak November 2011. Beliau menngadakan misi ini adalah sebagau satu dorongan dan cabaran kepada belia Malaysia yang lain bagi mengharungi cabaran dan meningkatkan ketabahan diri supaya lebih mempunyai jatidiri yang kuat. Beliau juga akan mengambil peluang mempromosi dan memperkenalkan destinasi yang dilalui sepanjang perjalanan ke mata dunia dan berhubung dengan dengan lebih rapat bersama masyarakat melalui misi kemb...

Pengunjung blog