Majlis Makan Malam MBHA di Port Dickson


Malam ini blogger menghadiri Majlis Makan Malam MBHA di Hotel Seri Malaysia Port Dikson, Negeri Sembilan bersama bos blogger. Sejak daripada zaman kanak-kanak tak pernah datang ke Port Dickson. Kira ini peluang yang baik untuk mengenali dengan lebik banyak tentang Port Dickson masa kini..

Majlis bermula jam 9.00 malam dihadiri dan dirasmikan oleh Datuk Ahmad Maslam, Timbalan Menteri di Jabtan Perdana Menteri. Turut hadir adalah Presiden MBHA Datuk Dr Nasir serta Penasihat MBHA Tuan Syed Nasharuddin serta barisan exco dan ahli-ahli dari seluruh negara.

Dalam ucapan aluan presiden, Datuk Dr Nasir telah mengutarakan permasalahan yang dihadapi oleh MBHA untuk mendapat sokongan dan kerjasama dan bantuan yang sewajarnya demi ut meraih kepentingan persatuan serta ahli.
Presiden Dato Dr Nair Haji Hamzah
Antara masalah yang diketengahkan dalam ucapan beliau adalah, mengenai masalah kutipan royalti oleh PRISM yang kini belum berkesudahan dan tiada kata putus dan kes ini juga kini berlarutan di mahkamah. Beliau juga cuba untuk meraih perhatiam Yb timbalan menteri berhubung isu dana latihan oleh PEMANDU serta MAMPU bagi menyokong skim latihan dan kemahiran bagi kakitangan ahli-ahli MBHA bagi melahirkan pekerja yang mahir dan terlatih.

Begitu juga dengan isu kelulsan CF serta masalah berkaitan dua kementerian iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi hotel-hotel bajet dan masalah berkaitan yang sering memberi masalah kepada pengusaha hotel bajet.

Dan antara masalah serius yang perlu diberi perhatian adalah, sejak Menteri Pelancongan sekarang Datuk Ng Yen Yen, yang masih tidak sudi dan bersedia untuk menerima kunjungan hormat, menghadiri majlis MBHA serta mendengar masalah MBHA. Perkara ini amat dikesalkan serta MBHA rasa tersisih dari perhatian menteri, sedangkan hotel bajet adalah industri hotel yang terbesar dan mempunyai lebih 7000 hotel bajet diseluruh negara dengan anggaran pekerja seramai 140,000 orang.

Manakala dalam ucapan perasmian pula, Datuk Ahmad Maslan pula memberi jaminan dan berjanji akan membawa isu ini ke menteri yang berkaitan serta secara peribadi kan membantu terutama berkaitan isu menteri pelancongan dan MBHA.
Beliau juga turut sama berkongsi dengan ahli MBHA berkaitan betapa pentingnya peranan 5P dalam pemasaran untuk memacu kejayaan pengusaha hotel bajet. Ahli-ahli juga perlu mengambil peluang dengan viral marketing iaitu pemasaran produk secara online, internet, web, blog dan sebagainya. Ini kerana ia medium yang amat penting dan pantas dalam mempromosikan serta memasarkan produk kita iaitu  hotel atau chalet atau resort.
Ahli-ahli MBHA juga berpeluang bersemuka dan beramah mesra dengan YB Timbalan Menteri dan turut dimeriahkan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog