Posts

Showing posts from August, 2012

agro resort, setiu , terengganu, apa ada sini??

Image
Entry ini adalah berkaitan sebuah resort di Setiu, Terengganu iaitu Peladang Setiu Agro Resort. Maklumat lanjut boleh layari laman web: www.agroresort.com atau hubungi 09-6902245 atau 0199192240 Bagi mereka yang ingin mengadakan program rekreasi, kursus, gathering, seminar dan sebagainya, ia amat sesuai sekali.

Aduan Makanan Mahal.. harap-harap tuan punya kedai dapat ambil tindakan serius dan segera

Image
Pada 22/8 bersamaan hari raya ke 4 saya ke kedai makan Nasi Kampung Catering, Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot untuk menjamu selera.Seperti mana maklum pada hari raya sudah pasti sukar untuk mencari kedai kerana ramai peniaga bercuti pada hari raya. Ketika kejadian saya makan seorang diri. Masa tiba di kedai makan terbabit tidak banyak lauk yang tinggal malahan nasi pun sudah tiada. Dalam sekitar 10 minit menunggu nasi telah tiba. Kualiti nasi yang lembik tidak diendahkan kerana lapar. Saya hanya mengambil nasi kosong tanpa kuah, sambal belacan sesudu dan ikan bakar yang saiznya biasa sahaja. Harga tidak dipamerkan dan segelas air teo o ais. Ketika sedang menjamu selera datang seorang pekerja untuk memberi bil yang ditulis dikertas kosong. Saya tidak endahkan lagi tetapi ketika sedang makan saya tergerak hati untuk melihat bil tersebut. Alangkah terkejutnya dengan harga yang cekik darah tersebut. Saiz ikan tersebut biasa sahaja malah boleh dikatakan standart sa...

Jom kenali Blogger...

Image
Coretan untuk kali ini ringkas sahaja iaitu jom berkenalan dengan Blogger. Apa yang best adalah dalam versi karikatur yang telah dilakar oleh kartunis tempatan iaitu Kulat dan Ram pada tahun 2006 dalam satu pameran di Kuala Lumpur. Mungkin lepas ni nak minta khidmat Ujang, Zoy, Datuk Lat, Aie serta lain-lain rakan kartunis untuk inspirasikan wajah blogger dalam karikatur. Memang ia menjadi minat blogger. Apa-apa pun jika pembaca atau follower ada sebarang cadangan untuk blog ini bolehlah email ke terengganulegend@yahoo.com atau komen di blog. Banyak legi cerita yang akan blogger kongsi antaranya: -Udang galah di Tanjung Sabtu, Manir, -Nasi Dagang Chendering, -Nasi Lemak Kimia -Maggie Udang Galah -serta banyak lagi isu dan  lokasi menarik di Terengganu.

Nasi Mandy Ayam, menu hari raya dari Blogger Terengganumyheritage

Image
Inilah Nasi Mandy Ayam.. made in Terengganu Menu untuk hari raya kali ini, memang blogger bercadang untuk mencuba Nasi Mandy Ayam.. Mandy Dajjaj kata orang arab. Biasa masak 3 @ 4 cetong @ pot . Kali ini buat dalam 2 kg Beras basmathi super long... panjangggggg. sungguh berselera pekena nasi arab Namun alhamdulillah menjadi dan mendapat pujian untuk hidangan petang dan malam. Ia turut dihidangkan dengan 'salatah' atau salad serta salad buah-buahan dan sos krim tomato. salatah atau salad ayam mandy Apa yang best apabila ia dihidang dan dimakan dalam talam dan boleh dimakan 2 atau 3 orang. Ia adalah budaya sunnah yang boleh menambahkan keberkatan dan silaturrahim. salad sayur sayuran Salad buah buahan Nampak gaya lepas ini kena bersedia untuk menjadi chef jemputan untuk masakan arab ini. Beras basmathi panjangggggggggggggg

Kemeriahan hari raya, jangan lupa budaya ziarah...sayangi orang tua

Image
Solat raya walaupun di surau kecil tetap meriah. Suasana hari raya cukup meriah diraikan disejenak penjuru kampung. Tiada yang lebih gembira dengan mengunjungi sanak-saudara selain kanak-kanak yang girang ke sana kemari. Di masa inilah peluang untuk bertanya khabar saudara dan waris selain rakan taulan terutama yang mencari rezeki di perantauan. Kepulangan yang beberapa kali setahun ke kampung halaman adalah peluang untuk bertemu kawan-kawan, juga tautan generasi baru saudara mereka. sayangilah orang tua kita, kesempatan yang amat berharga tautan silaturrahim perlu diutuhkan lagi Kunjungan ke rumah nenek , moyang, atuk serta tok ki adalah penghubung silaturrahim generasi baru dan lama. Budaya ziarah ini perlu kita kukuhkan terutama kepada anak-anak agar lebih memahami budaya menghormati orang tua akan menjadi lebih mendalam untuk mereka teruskan di masa akan datang. Cabaran tetap ada terutama program tv, internet, gadget canggih yang sedikit melekakan serta me...

budak kampung SETIU...: Jalan Jalan di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man

budak kampung SETIU...: Jalan Jalan di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man : J alan jalan kat sini sambil membawa kamera dan ambil angin bersama anak-anak memang rasa tak puas dengan suasana petang yang damai dan ten...

budak kampung SETIU...: Masjid Putih Kuala Terengganu

budak kampung SETIU...: Masjid Putih Kuala Terengganu : Beginilah suasana malam di perkarangan Masjid Putih atau Masjid Sultan Zainal Abidin. solat di sini memang selesa dengan berhawa dingin....

Salam aidil fitri dari Terengganumyheritage

Di kesempatan ini Admin blog Terengganu My Heritage ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan followers blog. Juga kesempatan memohon maaf jika ada tulisan atau komen yang mengguris perasaan atau tidak menyenangkan. Juga selamat memandu dengan berhati-hati buat mereka yang pulang ke kampung. Sama-samalah kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita dan juga sedeqahkan al Fatihan kepada mereka yang telah pergi. Didiklah anak-anak kita berziarah saudara mara agar warisan dan nilai murni ini berterusan dalam mengharungi cabaran teknologi, TV, Astro, Broadband dan sebagainya. Salam Aidil Fitri Untuk Semua Admin Terengganumyheritage Setiu, Terengganu

Nasi Mandy dari dapur Blogger.... menjadi aah.. sedap

Image
Inilah hasil nasi mandy yang blogger buat berdasarkan resepi dari internet.. memang menyelerakan Kali ini blogger ingin berkongsi resepi Nasi Mandy. Setelah menjamunya beberapa kali di Restoran AL Edrus, Gong Badak dan Kg Ladang, Restoran Nasi Mandy AL Fateh Batu Buruk, serta Restoran Assafah di Makkah, tergerak hati untuk mencari resepi Nasi yang enak ini di internet dan mencubanya di rumah. Nasi Mandy adalah antara masakan nasi utama di rantau arab samada di Mesir, Saudi, Yaman dan sebagainya. Ia dihidang samada dengan kambing, ayam ataupun daging. enak di makan sayur dan salad serta sos mayonis Ia di masak istimewa bersama rempah ratus dan nasinya sedap di makan begitu sahaja. Kalau menjadi cadangnya nak buat menu hari raya nanti. Di bawah ini blogger kongsikan resepinya untuk tatapan pembaca dan mungkin ada ibu-ibu yang ingin mencuba. Nasi Mandy bahan-bahan nasi yang dimasak bersama rempah Bahan 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan (ber...

Buka Puasa di Motel Desa Kuala Terengganu, dari puncak bukit

Image
Berselera anak-anak berbuka puasa di luar Pada Ramadhan ke 25 2012, blogger bersama rakan pejabat telah mengadakan majlis Berbuka Puasa di Motel Desa, Kuala Terengganu. Ia sebuah resort yang mempunyai 20 bilik yang terletak di puncak Bukit Pak Apil, bersebelahan dengan RTM Terengganu. Sungguh damai dan tenang suasana di sini. Pakej Bufet Ramadhan adalah Rm32.00 seorang dewasa dan Rm18.00 kanak-kanak yang dibuka setiap hari. Antara menu untuk hari ini adalah Sup tulang,  Bubur lambuk, ayam grill, nasi kuning, daging masak merah,  gulai ikan aya, ayam goreng, sotong celup tepung serta pelbagai ulam-ulaman, sambal, budu serta cencalok. Signature dish Ramadhan, bubur lambuk Terengganu yang enak Turut dihidangkan adalah kuih-muih tradisional seperti netbat, seri muka, beronok sagu, kuih lapis , koleh kacang, pelbagai jenis puding serta bubur pulut hitam. Air pula terdiri dari teh tarik, air soya, kordial dan air tebu. Boleh dikatakan macam-macam ada. Harga pun...

Gua Bewah terus tersohor

Image
Oleh: Suriati Ali Gua Bewah yang terletak di antara 340 gugusan pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dahulunya hanya terkenal sebagai `kilang tahi kelawar’ berikutan puluhan penduduk sering mengunjunginya untuk mendapat najis haiwan itu. Terdapat laluan khas yang dibina pihak tertentu bagi mengeluarkan najis kelawar untuk dijadikan baja tanaman. Kini selepas dinaiktaraf oleh kerajaan Terengganu, lokasi tersohor itu seolah-olah menjadi destinasi wajib di kunjungi bagi pelancong setiap kali menjejak kaki di tasik buatan manusia itu. Penemuan rangka manusia dipercayai berusia 16,000 tahun milik manusia zaman pra-sejarah antara artifak paling berharga di mana mampu meningkatkan jumlah pengunjung sedia ada ke lokasi itu. Rangka tersebut dipercayai mayat remaja zaman pra-sejarah yang menghuni gua tersebut dan ia ditanam dalam keadaan merengkok (seperti bayi dalam kandungan), masih dikekalkan di tempat asal ia ditemui. Artifak yang ditemui awal 2010 dalam kerja-k...

TMT tawar harga istimewa produk kraf sempena raya

Image
Oleh; Esah Abdullah Tourism Malaysia Terengganu (TMT) mengadakan Mega Sale Ramadan yang menawarkan harga istitmewa terutama produk kraftangan sejak 15 Julai lalu sehingga 30 September ini. Pengarahnya, Encik Mohd Nasir Khushairi berkata, sempena Ramadan dan menjelang raya, TMT menawarkan harga istimewa untuk semua produk batik, songket dan barangan kraf melalui beberapa pengusaha terpilih. “Kita turut memberi tumpuan untuk menarik lebih ramai pelancong terutama daripada negeri Melaka dan Johor ke Terengganu, begitu juga sebaliknya,” katanya. Menurutnya, program itu tercetus apabila pengendali pelancongan di negeri ini mengadakan lawatan ke Johor dan Melaka baru-baru ini yang ternyata banyak usahasama pelancongan dapat dijalin antara ketiga-tiga negeri itu. Difahamkan pada masa ini rakyat Terengganu merupakan negeri kedua teramai mengunjungi Melaka samaada untuk melancong atau bercuti.

Restoran AL Edrus, selera masakan Arab jadi pilihan untuk berbuka puasa

Image
Menu pilihan untuk Nasi Mandy di Restoran Al Edrus, Ladang, Kuala Terengganu Bagi Ramadhan 2012 ini sekali lagi blogger dan keluarga memilih untuk berbuka Masakan Arab di Restoran Al Edrus Ladang, berhampiran Bulatan Batu Bersurat, Kuala Terengganu. Nasi Mandy dan Ayam Panggang Restoran dengan dekorasi yang menarik Entah mengapa, citarasa Timur Tengah ini cukup menarik perhatian kami sekeluarga untuk merasai sekali lagi Nasi Mandy di Restoran Al Edrus. Di tambah dengan dekorasi restoran yang ringkas dan menarik membuatkan selera kami membuak-buak. Tak sabar menunggu waktu berbuka Bila la nak berbuka ni, ayam sedap tu Nasib baik juga kami membuat tempahan lebih awal, dimana semua meja yang boleh memuatkan 30 hingga 40 orang ini penuh ditempah. Kambing Mandy istimewa Menu yang dipilih adalah Nasi Mandy Ayam dan Kambing, Ayam Panggang, serta sup dan air Al Edrus. Apa yang istimewa adalah keenakan Nasi Mandy  yang cukup istimewa ditambah lagi dengan ke...

Pesta Pelita Raya di Tepoh, Terengganu memang meriah

Image
Oleh: Suriati Ali Peserta Pertandingan Pelita Raya 2012 membabitkan lima kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mempamerkan kreativiti masing-masing dengan memasang pelita mengikut kerangka buluh atau kayu yang dicipta. Terdapat di antara mereka membentuk kerangka bangunan Kuala Lumpur City Center (KLCC), Menara Kuala Lumpur, kapal terbang dan kubah masjid, astaka, kapal layar dan penyu. Kira-kira 200 rumah di Kampung (Kg) Padang Hangus, Kg Pagar Ubi, Kg Raja, Kg Baru dan Kg Tokeng mula diterangi cahaya pelita kira-kira jam 10 malam atau sebaik saja jemaah pulang dari mengerjakan solat sunat Tarawih. Suasana menarik serta cukup unik itu dapat dilihat selama tiga malam berturut-turut dan berakhir pada malam ini (5 Ogos). Tinjauan Teganukita di sekitar kampung yang terlibat mendapati peserta yang terlibat berganding bahu antara ahli keluarga untuk memasang pelita pada kerangka yang dibentuk. Apa yang menariknya, ada antara mereka masih mengekalkan tradisi m...

Pengunjung blog