Kemeriahan hari raya, jangan lupa budaya ziarah...sayangi orang tua

Solat raya walaupun di surau kecil tetap meriah.

Suasana hari raya cukup meriah diraikan disejenak penjuru kampung. Tiada yang lebih gembira dengan mengunjungi sanak-saudara selain kanak-kanak yang girang ke sana kemari.


Di masa inilah peluang untuk bertanya khabar saudara dan waris selain rakan taulan terutama yang mencari rezeki di perantauan. Kepulangan yang beberapa kali setahun ke kampung halaman adalah peluang untuk bertemu kawan-kawan, juga tautan generasi baru saudara mereka.
sayangilah orang tua kita, kesempatan yang amat berharga

tautan silaturrahim perlu diutuhkan lagi

Kunjungan ke rumah nenek , moyang, atuk serta tok ki adalah penghubung silaturrahim generasi baru dan lama. Budaya ziarah ini perlu kita kukuhkan terutama kepada anak-anak agar lebih memahami budaya menghormati orang tua akan menjadi lebih mendalam untuk mereka teruskan di masa akan datang.

Cabaran tetap ada terutama program tv, internet, gadget canggih yang sedikit melekakan serta mengasyikkan generasi baru hingga terlupa nikmat hari raya yang sebenarnya.

Salam hari Raya Aidil Fitri dari Blogger Terengganu My Heritage, di Besut, Terengganu.

Comments

MalizaMah said…
part paling sedih masa 1 syawal ialah menziarah kubur dan memohon keampunan .. bagi leeza.
ya betul tu, ia mengingatkan kita juga akan turut ke situ dan adakah anak kita akan menziarahi kita sebagaimana yang kita buat hari ini???

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog