Pasar Kedai Payang Bakal Berubah- MB Terengganu
Ehsan Virtual Malaysia |
Berita |
Pasar Kedai Payang bakal berubah wajah
Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH
Pasar Payang yang merupakan pusat jualan pelbagai tardisional terkenal di Terengganu bakal berubah wajah apabila ia digantikan dengan pasar baru empat tingkat yang berhawa dingin, tidak lama lagi.
Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Payang, tahun ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dimulakan, semua peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke tapak sementara di Pulau Warisan.
“Projek ini melibatkan pelaburan lebih RM400 juta dan akan dilaksanakan oleh syarikat swasta yang dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan penghujung tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek RM1,000 secara one-off kepada Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tidak Berpencen Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini (5 Februari).
Hadir sama, Ketua Pengarah Hal Ehwal Veteran ATM, Dato’ Zulkifli Mazlan dan Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Terengganu, Encik Alias Razak serta 975 orang bekas tentera dari daerah Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.
“Projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun manakala kerja-kerja menyiapkan pasar sementara di Pulau Warisan memakan masa antara empat hingga enam bulan,” katanya.
Menurutnya, kerja-kerja memindahkan peniaga di Pasar Payang hanya boleh dilakukan apabila pasar sementara siap dan berharap peniaga bersabar kerana kerajaan akan menyediakan ruang niaga yang lebih selesa kepada mereka.
Katanya, kerajaan akan memilih satu antara tiga syarikat yang memohon mengendalikan projek berkenaan dan akan memilih yang terbaik bagi melancarkan perjalan projek berkenaan.
Menurutnya, nama Pasar Kedai Payang akan dikekalkan kerana ia sudah sinonim dengan pelancong dan pelawat ke negeri ini dan semua lot kedai akan dilengkapi dengan penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di situ.
Begitu juga dengan kemudahan tempat letak kereta akan ditambah menjadikan 400 petak kesemuanya bagi memudahkan orang ramai yang datang ke pasar berkenaan.
Menteri Besar kemudiannya menyerahkan cek RM1,000 seorang kepada 975 orang bekas tentera dari Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan kuala Nerus membabitkan kos keseluruhan RM975,000.
Unit Komunikasi Negeri
blogger: Blogger amat berharap kerajaan negeri dapat mengekalkan keunikan Pasar Payang itu sendiri agar ia menjadi ikon pelancongan sebagaimana di Venice, Paris, Rome dan lain-lain bandar bersejarah di Eropah dan lain-lain. Sekadar mengekalkan nama belum cukup kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya serta kehidupan orang Terengganu. Ciri-ciri dan elemen tradisionalnya patut dikekalkan. Itulah tradisi rakyat Terengganu
Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Payang, tahun ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dimulakan, semua peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke tapak sementara di Pulau Warisan.
Gambar Ehsan 2121studio
Ehsan dari Zairi |

Comments