Pondok Ubudiah Pasir Akar... melengkapkan anak-anak dengan ilmu Islam yang praktikal
Mengunjungi Pondok Ubudiah Pasir Akar, Besut, Terengganu suatu yang menenangkan. Ia adalah sebuah pondok moden yang diusahakan di sebuah tanah wakaf berhampiran pekan Pasir Akar, Besut. Ia terbuka samada kepada anak-anak mahupun golongan dewasa yang ingin menimba ilmu serta beramal ibadah secara konsisten dengan bimbingan ustaz serta mudir yang bertauliah dan berpengalaman. Di pondok ini turut disediakan penginapan secara asrama bagi pelajar dan bilik penginapan moden dan selesa bagi golongan dewasa dan berusia dengan dilengkapi kemudahan bilik air dalam bilik. Bagi mereka yang ingin menghantar anak-anak semasa cuti sekolah juga boleh berbuat demikian bagi mendidik dan mendekatkan anak-anak dengan didikan dan penerapan nilai-nilai Islam yang tinggi dengan bimbingan mudir. Ia terletak di sebelah kiri jalan sebelum pekan Pasir Akar jika anda daripada Bandar Jerteh. Pengalaman admin sendiri singgah solat maghrib sambil mendengar kuliah maghrib juga suatu pengalaman berh...