Pesta ‘Ngambat Ikan’ Paya Besar Menyeronokkan



Aktiviti ‘ngambat ikan’ atau menangkap ikan mungkin begitu asing bagi sesetengah penduduk tetapi bagi penduduk Paya Besar, Hulu Terengganu, ia amat dinantikan terutama pada musim kemarau apabila Sungai Berang di kampung itu mulai kering.
Bagi mereka yang tinggal di pesisir sungai, aktiviti terbabit sememangnya memberikan satu keseronokan yang tidak dapat tergambar selain 1001 kepuasan kepada mereka yang begitu gemar dengan kegiatan riadah itu.
Selain itu, aktiviti musim kemarau itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung.
Sudin Yasin, 46, yang mesra disapa Pak Din  dari Kampung Paya Besar berkata, aktiviti itu dilakukan berkumpulan sekurang-kurangnya 20 orang yang dikenali sebagai ngerau (mengerau) dan lokasinya ialah kawasan lubuk ikan di sungai  biasanya dilakukan pada musim kemarau atau ketika paras sungai cetek.
“Sebelum aktiviti ngambat di mulakan, kita kena kenal pasti tempat yang banyak ikan, bila rasa dah berpuas hati barulah kita masuk dan kumpulan tadi kita akan pecahkan kepada dua iaitu sebagai tukang hambat dan tukang kepung.
“Peralatan digunakan tukang hambat ialah buluh yang dibelah dua dengan panjang antara dua hingga tiga meter,” katanya.
IMG-20150219-WA0013
Sudin berkata, tukang hambat terlebih dahulu akan berada di sebelah hulu dengan jarak tertentu dan akan berjalan beramai-ramai mengikut arus sungai menuju ke kawasan kepungan sambil membuat bising dengan memukul permukaan air.
“Jarak antara tempat permulaan berjalan tukang hambat dengan tukang kepung terpulang kepada individu. Namun, jika jaraknya jauh kemungkinan hasil diperoleh lebih banyak, tetapi biasanya antara setengah hingga satu kilometer sahaja,” katanya.
Menurutnya lagi, peranan tukang kepung pula ialah membuat kepungan menggunakan pukat yang siap sedia dipasang bersama buluh cacar sepanjang kira-kira 0.5 meter dan fungsi pukat berkenaan ialah bertindak sebagai ‘bunohan’ serta penutup.
Pak Din berkata beliau dan rakan-rakan pernah berjaya memperoleh kira-kira 1,600 ekor ikan pelbagai spesies termasuk kelah ketika melakukan aktiviti ngambat ikan tahun lepas. Jumlah itu yang paling banyak diperoleh setakat ini dan merupakan kenangan paling manis.
Program ngambat ikan yang turut di sertai oleh Seketariat Muda Orang Kuala Berang (OKB) yang di ketuai oleh Tengku Hapizh Tengku Putera selaku Penyelaras Five Geng menyatakan program ini bukan sahaja memberikan kepuasan tersendiri kepada individu terlibat apabila melihat pukat dipenuhi pelbagai spesies ikan, tetapi juga keseronokan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Komuniti Paya Besar yang menjemput Seketariat Muda OKB ke program ini malah kami teruja melihat bagaimana komuniti ini yang bersikap sangat meraikan pengunjung, sediakan tempat yang selesa serta makan minum di tepi sungai dengan layanan yang terbaik.
“Program ghambat  ikan ini menjadi satu pengalaman baru dan sangat menarik untuk dikongsi bersama. Ianya sesuai untuk di jadikan aktiviti santai bersama keluarga kerana air sungai yang cetek.
Malah, program ini boleh disusun secara khusus dengan lebih formal untuk menjadikannya sebagai satu tarikan dan produk pelancongan negeri,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, lazimnya selesai mengambat, mereka akan menjamu selera beramai-ramai hasil ikan yang diperoleh kerana kebiasaannya aktiviti itu dilakukan sekadar kepuasan, bukan untuk dijual hasilnya.
 @teganu kita

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog