Patin Masak Tempoyak, Restoran Pak Akob Kuantan memang sedap!

 

Baru-baru ini semasa menghadiri satu seminar di Kuantan, sempat singgah untuk makan tengahari di sebuah kedai yang terkenal dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak versi Pahang iaitu di Restoran Pak Akob 1, yang terletak di belakang Maybank.
Pertama kali  menjejak kaki ke restoran ini walaupun telah banyak kali berulang alik ke Kuantan dan dahulunya setiap minggu ke Kuantan.

Apabila menikmati masakan ikan patin memang sedap dan menyengat dan rasanya lain dan berbeza dengan masakan ikan patin di RNR samada Gambang mahupun Temerloh. Dengan ikhlas hati memang A++

Harganya juga adalah RM13.00 seketul dengan saiz potongan yang besar bagi patin sangkar dan ada satu lagi iaitu masakan patin buah RM35 seketul. Berpatutan dan berbaloi

 

Di tambah lagi dengan keenakan pucuk ubi masak tempoyak dan gulai lemak daging salai. Memang menambat selera.
Restoran ini sememangnya terkenal dikalangan warga Kuantan dan selalu dikunjungi oleh pembesar-pembesar negeri Pahang.


#thisispahang
#terengganumyheritage
#dekatje

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog