D'Ganu Steamboat Pulau Duyung, Kuala Terengganu memang berbaloi..



Pulau Duyung, Kuala Terengganu terkenal dengan pelbagai keunikan iaitu Duyung Marina Resort yang dulunya dikenali sebagai Riyaz Heritage dan juga Kota Duyung iaitu bangunan bersejarah yang mempunyai banyak kisah sejarah Pulau Duyung dan Kuala Terengganu.

Kali ini sekali lagi diperkenalkan destinasi makan minum antara yang paling popular di sini iaitu D Ganu Cafe Steambat yang sentiasa enjadi tumpuan pengunjung.

Apa yang istimewa di sini adalah harga BBQ Steamboatnya yang murah dan berpatutan iaitu RM25.00/set untuk 4 orang dan RM35.00/set untuk 6 orang. Memang berbaloi menikmati bersama keluarga.



Sebaik sahaja sampai lebih kurang jam 8.00 malam, para pengunjung sudah mula memenuhi ruang restoran dan menjelang 9.00 malam semua tempat telah penuh dan ada pelanggan terpaksa menunggu tempat duduk.

Namun begitu, usah bimbang pemandangan di sini menghadap Pulau Warisan dan bandar Kuala Terengganu amat menarik dan mengasyikkan. Dengan deruan angin malam menambahkan kedamaian suasana malam di sini.


Jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu, pastikan ia menjadi salah satu destinasi makan minum anda. Anda boleh gunakan pandu arah 'WAZE" untuk ke sini. Dan waktu yang terbaik untuk anda adalah seawal 7.30 malam atau sebaik sahaja lepas solat Maghrib terus ke sini kecuali anda telah membuat tempahan awal.

DGANU CAFE STEAMBOAT memang berbaloi

#terengganumyheritage
#thisisterengganu
#dekatje
#makanmakan

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Pakej Berbuka Puasa Termurah di Setiu di D Nora Seafood, Chalok... pakat mari weeh

Restoran Fasha Thai, Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu.... jadi ngat

Pengunjung blog