Posts

Showing posts from May, 2017

Restoran Golden Season, Chinese Muslim Cuisine kini di Kuala Terengganu... nampak menarik

Image
Restoran masakan Chinese Muslim iaitu Golden Season yang terletak di hadapan Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu menawarkan pelbagai menu menarik untuk berbuka puasa. Dengan harga serendah RM88 untuk 4 orang dengan pelbagai pilihan menu tentunya sesuai untuk anda sekeluarga menikmati hidangan bersama.   Bagi maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan pihak restoran di talian 0179652606 . #setiupost #terengganumyheritage

Tanding Ngail AGRO RESORT pada 2 Jun 2017 Jumaat, RM1000 menanti anda untuk juara... pakat mari dehh

Image
Tanding Ngail di Peladang Setiu Agro Resort akan di adakan pada Jumaat ini 2 Jun 2017 jam 3.00 petang. Kadar yuran adalah RM20 sahaja bagi satu joran. Bulan puasa atau Ramadhan bukan halangan untuk kita meriahkan pertandingan ngail ini. Hadian RM1000 tunai menati bagi Juara kali ini. Jom pakat mari ramai-ramai kita meriahkan pertandingan. Dan jika anda ingin berbuka puasa bersama keluarga anda di sini, bolehlah berhubung dengan 0199192240 dan pihak resort menyediakan pakej istimewa untuk keluarga anda. #setiupost #terengganumyheritage

Promosi Ramadhan Duyung Marina Resort dengan Kambing Panggang Istimewa...sedap bohhh

Image
Promosi Ramadhan daripada Duyung Marina Resort dengan harga RM59++ seorang dewasa dan RM42++ bagi kanak-kanak dengan menu Istimewa Kambing Panggang. Resort yang terletak di Pulau Duyung ini sememangnya memberi perkhidmatan terbaik kepada anda dan turut menawarkan potongan harga bilik istimewa sempena Ramadhan ini serendah RM158.00 sebilik semalam bagi bilik sahaja dan RM188.00 sebilik semalam termasuk sahur bagi dua orang.  Manakala The Bytes Cafe juga menawarkan pelbagai makanan dan minuman serendah RM3.30  dengan pelbagai pilihan serta dengan suasana yang santai dan amat sesuai bagi anda yang ingin suasana yang privasi dan damai di sini. Bagi maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan pihak resort di talian 09-6277888 bagi maklumat lanjut mahupun tempahan Terima kasih Encik Sham Fazli - Pengurus Operasi DMR #setiupost #terengganumyheritage

RM35 sahaja untuk 4 orang makan di NurLlanida Chicken Chop, Kg Pulau Rusa, Kuala Terengganu... murah sangat boh

Image
Tentu ramai yang terkejut dengan menu semurah RM35.00 untuk 4 orang , tetapi itulah yang ditawarkan oleh Nur Lanida Chicken Chop di Kg Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Ikan siakap 3 rasa atau Namprik Pau + Tomyam + Telur dadar + Kailan ikan masin serta nasi putih untuk 4 orang dengan harga RM35.00 sahaja. Menu ala bajet ini sesuai dan boleh dimakan untuk sekeluarga. Dengan kegawatan ekonomi dan kenaikan taraf hidup sekarang tentunya tawaran sebegini amat ditunggu-tunggu oleh para pelanggan. bagi pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Nur Lanida Chicken Chop di talian 0148480649

Promosi Ramadhan daripada Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu

Image
  Promosi Buffet Ramadhan dengan harga bermula RM58.90 seorang bagi dewasa dan RM35.00 seorang bagi kanak dan yang pasti menu yang paling menarik adalah Kambing Panggang ala Primula serta pelbagai juadah tradisional dan warisan Terengganu. Juga turut disediakan Mini Buffet After Teraweh serendah RM10.90 seorang bagi santai-santai dan merehatkan diri selepas Solat Teraweh.   Hotel juga turut menawarkan Buffet Sahur dengan harga RM32.00 seorang bagi dewasa dan RM18.00 bagi kanak-kanak . Bagi  maklumat dan tempahan bolehlah hubungi 09-6222100, apa yang pasti menu yang terbaik untuk anda di PRIMULA BEACH HOTEL , Kuala Terengganu   #setiupost #terengganumyheritage  

Promosi Ramadhan Hotel UiTM Dungun

Promosi Ramadhan daripada Hotel Uitm Dungun #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Pengunjung blog