Restoran Aroma Kampung, Kg Baung Kuala Berang.. menyajikan menu tradisional Kuala Brang..



Baru-baru ini ketika mempunyai urusan di Kuala Brang sempat singgah di Restoran Aroma Kampung di Kg Baung.

Pernah lihat perkongsian kawan-kawan di kedai ini yang menyajikan menu tradisional seperti ikan baung asam pedas, ikan sungai goreng dan macam-macam lagi.




Benar bagai di kata, memang sedap menu-menu di sini terutama asam pedas ikan baung yang berbeza dengan tempat-tempat lain. Lebih menyelerakan bila dimakan dengan ulam-ulaman dan budu serta masak lemak belimbing buluh, kerabu dan pelbagai lagi lauk yang menyelerakan.




Lokasi kedai ini juga menarik di tepi Sungai Berang yang penuh dengan sejarah yang suatu ketika dulu adalah pelabuhan utama di rantau ini.

 Ia juga merupakan sungai dimana Batu Bersurat Terengganu ditemui dan telah menununjukkan suatu ketika dahulu telah mengalamai perubahan dan perkembangan tamadun yang hebat dan terkenal senatero Asia.

Bandar Kuala Brang sememanya terkenal dengan masakan asam pedas ikan sungai, banyak lagi kedai sebegini yang menampilkan lauk hampir sama di sepanjang jalan. Malah masakan ikan kelah yang mahal pun ada dijual di bandar ini.

#setiupost
#terengganumyheritage
#visitbeautifulterengganu2017

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog