Pandai-pandailah memilih warna baju semasa musim pilihanraya PRU ke 14 ini...


Image may contain: text

Tarikh pilihanraya telah ditetapkan dan diumumkan oleh SPR pada hari ini 9 April 2018.

Boleh lah buat perancangan bagi perantauan yang jauh untuk balik hari raya besar 5 tahun sekali. Jangan difikir alasan kerana kita juga yang menunggu untuk membuat keputusan demi kelangsungan negeri dan negara pada masa depan atau untuk 5 tahun akan datang.

Hari-hari kita boleh berpolitik tetapi bila diumumkan hari Rabu macam-macam pandangan yang keluar. Pejuang yang hebat tidak akan merungut dan mencari alasan tetapi sentiasa mengambil peluang dan menyusun strategi bagi mencapai kemenangan.

Jika difikir muslihat dan strategi parti, masing-masing parti mempunyai muslihat dan strategi bagi mencapai atau mengekalkan kemenangan. Yang mempunyai sedikit kuasa pasti akan menggunakan peluang terbaik bagi menggapai kemenangan. Yang ingin merampas perlu bekerja lebih keras bagi mengatasi kelemahan dan kekurangan.

Apapun sama-sama kita berpolitik dengan cara yang TERBAIK dan mendapata REDHA ALLAH. Tiada yang mudah dalam berjuang di JALAN ALLAH SWT. Semuanya berliku dan penuh cabaran. Siapa yang SABAR dan TABAH akan dapat GANJARANNYA.

Sultan Muhammad AL Fateh mengambil masa bertahun tahun mengkaji dan merangka startegi bagi merampas Kota Konstantinople dari tangan Kerajaan Rome. Malah mengambil masa 500 tahun selepas kata-kata Baginda Rasulullah SAW dalam satu hadis sahih.

Apapun selamat berpilihanraya... jangan bergaduh kerana WARNA... pandailah memilih warna baju dan pakaian sepanjang tempoh ini...

Kalau tiada aral admin akan bertugas di Pusat Mengundi di DUN LANGKAP, SETIU, TERENGGANU

#setiupost

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog