Kuliah Bisnes: Tiada Had Umur Untuk Berjaya..selagi ada usaha dan daya

Image may contain: 1 person, smiling
#kuliahbisnes

32 tahun lalu, Jiang Naijun, membuat keputusan untuk membuka bisnes membuat logo dengan dibantu oleh anak-anaknya.
Umurnya ketika itu adalah 66 tahun.
Beliau terpaksa melakukannya kerana beliau baru bersara sebagai pekerja kilang dan pendapatan suaminya sebagai seorang guru tidak cukup untuk menampung hidup walaupun untuk sehari.
Kerana tiada modal, bisnes tersebut hanya dimulakan dengan gunting,tukul dan playar.
Malah, tiada seorang pun antara mereka yang mempunyai kemahiran membuat logo.
Mereka terpaksa belajar sedikit-sedikit dari mereka yang mahir dan membuat mesin mereka sendiri dengan menggunakan apa sahaja bahan yang ada.
Jiang membahagikan tugasan. Dia menjaga pengurusan, penyeliaan serta penghantaran. Selebihnya diuruskan oleh anak-anaknya.
Walaupun menjalankan bisnes dalam serba kekurangan, Jiang menetapkan tahap kualiti produk yang tinggi bagi menjaga reputasi bisnesnya.
Beliau bertahan dan membina bisnesnya sedikit demi sedikit. Reputasi bisnesnya yang baik membantu menarik lebih ramai pelanggan.
Pada tahun 1994 atau 7 tahun selepas itu, bisnes Jiang sudah mampu berpindah ke kilang yang lebih besar, seluas 3 ribu meter persegi. Jenis produk yang dijualnya juga bertambah.
Pada tahun 2000, Jiang mengambil keputusan untuk menyerahkan sepenuhnya bisnes tersebut kepada anak-anaknya.
Jumlah pekerja di kilang beliau kini mencecah 500 orang dan mencatat perolehan sebanyak RM62 juta tahun lalu. Ia kini turut meghasilkan logo untuk jenama automobil terkenal seperti Mercedes, BMW, Toyota, Volkswagen dan Lincoln.
Sepanjang tempoh ‘persaraan’, Jiang menghabiskan masa dengan melibatkan diri dalam aktivit kebajikan.
Tetapi tahun lalu, beliau mengambil keputusan untuk merealisasikan satu lagi impiannya iaitu membuka pasaraya mini.
Pasaraya itu dinamakan 97 Supermarket bersempena umur Jiang pada tahun itu.
Hari ini, pada umur 98 tahun, Jiang masih lagi bekerja. Setiap pagi, beliau akan bekerja selama 4 jam sebelum menyambung selama 2 jam lagi selepas makan tengahari.
Beliau juga belajar menggunakan mesin tunai, kod QR dan aplikasi ‘e-payment’.
Bila ditanya mengapa beliau melakukannya, jawab Jiang ;
“Tiada istilah terlambat dalam usaha mencapai impian anda dan saya akan terus bekerja sehingga saya tidak boleh bergerak.”
(Diolah dari artikel di China Daily/Ecns.cn)
sumber: Fb Mazlan Mohamad

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog